Thursday, February 16, 2023

PERANCANG PLOT TUMBANGKAN HAJIJI GUNA PEMIMPIN KL UNTUK KEMBALI?

LAPORAN muka hadapan harian exspres pada Khamis yang ditulis Alex Ong yang bertajuk “Perancang Plot Kini Guna Pemimpin KL” yang mendakwa intiparti laporan itu bersumber dalaman, dilihat berunsur provokatif, kerana tidak bertepatan dengan kenyataan Ketua Menteri pada Ahad, bahawa beliau tiada unsur dendam dengan mereka yang gagal menumbangkannya.

Bagi Hajiji, komplot menggulingkan beliau sudah berlalu, dan kerajaan sudahpun “move on”, dan tidak akan menoleh ke belakang lagi, kerana mahu kerajaan berfungsi dengan berkesan dan efektif untuk menunaikan janji-janji pilihan raya.

Kabinet negeri yang telah dirombak pada 11 Januari akan terus dipertahankan sehingga penggal ke-16 DUN Sabah tamat pada suku ke-4 Tahun 2025.

Bagi Ketua Menteri, sokongan Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Negeri memperkukuh lagi kerajaan, kerana wujudnya kestabilan politik.

Para wakil rakyat yang termasuk berkomplot menggulingkan kerajaan negeri yang gagal pada 6 Januari lalu, jika mereka akur dengan keputusan parti mereka, boleh memberi sokongan pada kerajaan sebagai penyokong kerajaan, tidak semestinya dikembalikan pada kedudukan masing-masing.

Pada hakikatnya “Kerajaan Perpaduan” telah wujud di Sabah, kerana telah melibatkan semua wakil rakyat daripada parti-parti yang menyokong kerajaan.

Ada lah biasa, tidak semua wakil rakyat yang menyokong mendapat tempat atau jawatan, kerana jumlah jawatan yang terhad.

Dalam sesebuah kerajaan, perlu ada dua kategori, iaitu mereka yang diberi amanah memikul tanggungjawab dan mereka yang menyokong, yang dipanggil backbencer.

Kumpulan Bung yang pada asalnya mereka yang diberi tanggungjawab, atas kehendak sendiri beralih sebagai penyokong.

Jika Ketua Menteri Sabah bertindak merombak kabinet dan kedudukan syarikat-syarikat berkait kerajaan dengan melantik mereka yang beraspirasi sama dengan kepimpinan adalah tindakan wajar, demi efektifnya pentadbiran kerajaan.

No comments:

Blog Archive