Thursday, February 02, 2023

APA KAH PERUNTUKAN PERSEKUTUAN BAGI SABAH MASIH LAMBAT DISALUR?

MUNGKIN Kerajaan Perpaduan sudah mengubah jadual penyaluran  peruntukan pembanguan untuk Sabah seperti mana dibutirkan pada setiap Bajet Tahunan Negara, kerana sebelum ini bertahun-tahun, setiap peruntukan hanya sekitar 40% sahaja dapat direalisasikan, selebihnya di bahawa ke tahun berikutnya.

Kerana amalan birokrasi sebelum ini di Putrajaya, jika peruntukan untuk Sabah dalam 5 tahun misalnya RM30bilion, hanya terealisasi RM12bilion. Punca ini lah, kemudahan asas, awam yang mendapat peruntukan daripada Persekutuan kenampakan daif.

Jika peruntukan Persekutuan ke Sabah diagihkan pada awal tahun, berbanding akhir tahun, isu tidak terealisasinya peruntukan pembangunan untuk Sabah teratasi.

Mungkin pada era ini, birokrasi semakin membaik, ekoran keputusan Kerajaan Persekutuan memberikan kuasa pada kerajaan negeri meluluskan/melaksanakan projek-projek Persekutuan bernilai di bawah RM50juta; dengan demikian maka peruntukan disalurkan lebih awal bagi memudahkan pengurusan.

Artikel ini ada hubungkait dengan kenyataan Datuk Bung Moktar Radin dilaman facebook miliknya pada Rabu, yang mendakwa perjuangan beliau bersama Umno adalah kerana mahu mengubah penderitaan rakyat Sabah berpuluh tahun kerana kononnya Sabah dipimpin oleh pemimpin yang tidak memikirkan, kepentingan  dan keutamaan rakyat.

Kenyataan Bung itu sebenarnya menunding pada muka sendiri, kerana hanya selepas PRU-14 sahaja Umno bukan merupakan tunjang kerajaan.

Pada era kerajaan negeri sekarang, tiada isu bahawa pemimpin kerajaan tidak mementingkan atau tidak memikirkan keutamaan rakyat, kerana sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan melipat gandakan geran khas untuk Sabah pada tahun 2022 yang berjumlah RM125.6 juta, Kerajaan negeri telah mengumumkan wang tersebut digunakan untuk membangun 1500 rumah rakyat yang tersebar di 73 DUN Sabah.

 Penulis melihat tiada mana-mana kerajaan negeri sebelum ini, memberi peruntukan yang begitu besar dalam pembangunan modal insan, yang meliputi semua peringkat daripada sekolah rendah,menengah malah hingga ke perguruan tinggi. Keadah sedemikian, bertujuan melahirkan modal-modal insan bukan sahaja membantu membangun negeri akan tetapi mengubah untung nasib keluarga yang terlibat.

Jika rakyat terbela, maka pada era kerajaan Sabah hari lah, akan berlaku, kerana kekangan kerajaan sebelum ini, terpaksa berhadapan birokrasi tebal yang diamalkan Putrajaya.

Selain itu, peruntukkan Persekutuan tidak secara langsung disalurkan ke Perbendaharan negeri akan tetapi Perbendaharan Persekutuan, yang hanya boleh diakses oleh Menteri Persekutuan, seperti mana berlakunya ketirisan dikatakan berbilion ringgit peruntukan untuk kemudahan asas Sabah di bawah kendalian KKLW sebelum ini. 

No comments:

Blog Archive