Kerana amalan birokrasi sebelum ini di Putrajaya, jika peruntukan untuk Sabah dalam 5 tahun misalnya RM30bilion, hanya terealisasi RM12bilion. Punca ini lah, kemudahan asas, awam yang mendapat peruntukan daripada Persekutuan kenampakan daif.
Jika peruntukan Persekutuan ke Sabah diagihkan pada awal tahun, berbanding akhir tahun, isu tidak terealisasinya peruntukan pembangunan untuk Sabah teratasi.
Mungkin pada era ini, birokrasi semakin membaik, ekoran keputusan Kerajaan Persekutuan memberikan kuasa pada kerajaan negeri meluluskan/melaksanakan projek-projek Persekutuan bernilai di bawah RM50juta; dengan demikian maka peruntukan disalurkan lebih awal bagi memudahkan pengurusan.
Artikel ini ada hubungkait dengan kenyataan Datuk Bung Moktar Radin dilaman facebook miliknya pada Rabu, yang mendakwa perjuangan beliau bersama Umno adalah kerana mahu mengubah penderitaan rakyat Sabah berpuluh tahun kerana kononnya Sabah dipimpin oleh pemimpin yang tidak memikirkan, kepentingan dan keutamaan rakyat.
Kenyataan Bung itu sebenarnya menunding pada muka sendiri, kerana hanya selepas PRU-14 sahaja Umno bukan merupakan tunjang kerajaan.
Pada era kerajaan negeri sekarang, tiada isu bahawa pemimpin kerajaan tidak mementingkan atau tidak memikirkan keutamaan rakyat, kerana sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan melipat gandakan geran khas untuk Sabah pada tahun 2022 yang berjumlah RM125.6 juta, Kerajaan negeri telah mengumumkan wang tersebut digunakan untuk membangun 1500 rumah rakyat yang tersebar di 73 DUN Sabah.
Jika rakyat terbela, maka pada era kerajaan Sabah hari lah, akan berlaku, kerana kekangan kerajaan sebelum ini, terpaksa berhadapan birokrasi tebal yang diamalkan Putrajaya.
Selain itu, peruntukkan Persekutuan tidak secara langsung disalurkan ke Perbendaharan negeri akan tetapi Perbendaharan Persekutuan, yang hanya boleh diakses oleh Menteri Persekutuan, seperti mana berlakunya ketirisan dikatakan berbilion ringgit peruntukan untuk kemudahan asas Sabah di bawah kendalian KKLW sebelum ini.
No comments:
Post a Comment