Sunday, December 04, 2022

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) AGENDA UTAMA SAYA: ARMIZAN

MANTAN setiuasaha sulit kanan kepada Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor- Datuk Armizan Mohd Ali (46) yang bertanding di kerusi Parlimen Papar mewakili GRS pada PRU-15 lalu, merampas kerusi tersebut daripada parti Warisan dengan majoriti 12,224.

MP Papar tersebut salah seorang daripada 2 MP Sabah dilantik menganggotai Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali pertama menjadi wakil rakyat, kali pertama dilantik sebagai menteri, sudah tentu sangat mencabar, apa tah lagi menerajui kementerian yang melibatkan dua Wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah isu yang paling dekat dengan sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak, sehinggakan Premier Sarawak- Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berulang kali, sokongan GPS pada mana-mana parti membentuk Kerajaan Persekutuan, bukan soal mengejar jawatan, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, melainkan mengharapkan kesediaan Kerajaan Persekutuan menunaikan apa yang termaktub dalam MA63. Demikian juga di Sabah, terutama pendirian Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bukan sahaja komited menutut semua hak-hak Sabah menerusi perjanjian tersebut, akan tetapi pelakasanaannya tidak boleh tertangguh lagi, kerana hak-hak tersebut berlarutan cukup lama.

Keinginan dan hasrat dua pemimpin utama Sabah dan Sarawak, adalah tugas berat yang perlu digalas Menteri Hal Ehwal bagi Sabah & Sarawak yang baharu.

Penulis yakin, Armizan mampu menggalas tanggungjawab berat tersebut, kerana latar belakang beliau yang sudah lama terkait dengan MA63, termasuk salah seorang rombongan pemimpin Sabah ke United Kingdom untuk misi "fact finding" berkaitan MA63.

Keberhasilan MP Papar tersebut berkaitan MA63, adalah pengubat rakyat Sabah dan Sarawak,kerana perajanjian tersebut adalah aspirasi Borneo yang mengharapkan kedua-dua wilayah itu diberikan perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda mengisi serta memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia,"

Armizan bersama Ewon Benedick daripada Sabah antara 27 Ahli Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

SELAMAT BERTUGAS DATUK!!!,

No comments:

Blog Archive