Sunday, October 02, 2022

UMNO PUTUSKAN PRU-15 TAHUN INI JUGA-MENDAHULUI AGONG

APABILA kenyataan akhbar Setiausaha Agung Umno yang mengatakan bahawa MKT parti itu mahukan PRU-15 diadakan tahun ini juga, dan sehubungan dengan itu Perdana Menteri akan menghadap Yang DiPertuan Agong memohon perkenan membubarkan Dewan Rakyat.

Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa Umno mendahului Agong, kerana Perdana Menteri belum pun menghadap Baginda, malah Perdana Menteri masih berteka teki mengenainya.

Kenyataan Setiausaha Agung Umno itu pertama kali dilakukan oleh sebuah parti mendahului Agong.

Hakikatnya, Umno tidak mempunyai kuasa unilateral termasuk Perdana Menteri, kerana parti itu bukan lah parti dominan, akan tetapi hanya sebahagian atau pelengkap, atas sebab itu, berhubung keputusan pembubaran parlimen, hendak lah dipersetujui jemaah menteri terlebih dahulu.

Ramai yang melihat tindakan Umno bukan sahaja angkuh, akan tetapi derhaka pada Yang DiPertuan Agong.

Mungkin tidak semua TOP5 Umno hilang pertimbangan berfikir, sehinggakan terlepas pandang, bahawa penetapan akan bila pilihan raya diadakan ditangan Yang DiPertuan Agong.

Apabila nafsu mengatasi akal, maka hilang pertimbangan, dan tindakan tidak wajar dilakukan.

Nafsu berkuasa Umno membuak-buak, sehinggakan memaksa rakyat apabila PRU-15 diadakan di musim tengkujuh.

Memaksa keinginan tidak semestinya tercapai. Rakyat adalah manusia yang mempunyai akal, mata, pertimbangan, deria rasa, yang tidak boleh dipaksa-paksa.

Dalam fikiran pemimpin Umno, jika pilihan raya diadakan pada musim banjir, maka hanya ahli dan penyokong tegar parti yang menunaikan tanggungjawab, manakala pengundi pasif, atas pagar malah undi-18, tidak keluar mengundi, kerana mengutama keselamatan, termasuk nyawa.

Umno tahu, bahawa hanya parti itu mempunyai ahli yang teramai di antara parti-parti. Bukan itu sahaja jentera pilihan raya parti itu juga lebih ramai berbanding mana-mana parti.

Apabila pilihan raya diadakan pada masa yang tidak kondusif seperti PRN Melaka dan Johor, maka undi diperolehi dengan jumlah yang sama akan tetapi kalah pada PRU-14, akan tetapi pada dua PRN tersebut bukan sahaja menang, akan tetapi menang dengan kuasa 2/3.

Oleh kerana rakyat secara umum mengetahui niat sebenar Umno, ada kebarangkalian, apapun situasi termasuk banjir semasa PRU-15 diadakan, rakyat menggunakan peti undi untuk melepaskan kemarahan. Jika keadaan ini berlaku, seperti mana PRU-14, akan terjawab jua lah nafsu para pemimpin Umno, dengan kekecewaan kali ke-2.

No comments:

Blog Archive