Sunday, October 23, 2022

SENARIO P175 PAPAR

BETUL P175 Papar beberapa penggal dimenangi Umno/BN, tetapi berakhir pada PRU-14, apabila kawasan Parlimen tersebut dirampas Parti Warisan, termasuklah Dun Pantai Manis, manakala Dun Kawang masih dapat dipertahan oleh Datuk Gulamhaidar Bahadar dengan menewaskan calon Parti yang sama .

Parlimen tersebut kini mempunyai 3 DUN, Pantai Manis, Kawang dan Limbahau kerana persempadan semula.

Pada PRN-16 September 2020, DUN Pantai Manis dimenangi Umno/BN, Kawang GRS, manakala Limbahau Parti Warisan.

Semasa PRN-16, undi masing-masing parti bagi 3 DUN, Parti Warisan 12,277; GRS-10,418 dan Barisan Nasional (BN) 5,116.

Besar kemungkinan pada PRU-15 ini parlimen tersebut diberikan pada GRS untuk merampasnya daripada Parti warisan.

Parlimen Papar, salah satu kawasan tradisi Umno/BN selain Kota Belud, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna serta Sepanggar yang dirampas Parti Warisan pada PRU-14 lalu.

Di atas kertas Parlimen tersebut boleh dimenangi GRS-BN berasaskan kecenderungan pengundi kawasan tersebut pada PRN-16 Sabah, pun demikian, peluang tersebut masih tanda tanya, atas sebab adanya tambahan pengundi baharu hampir 17 ribu bagi parlimen tersebut.

Kenaikkan luar biasa pengundi Sabah, menjadi faktor pada mana-mana blok parti politik, berada dalam keadaan ketidak pastian, atas sebab kerananya, tiada lagi kawasan yang boleh dianggap kawasan tradisi atau kawasan boleh dimenangi.

Kerana faktor ketidak pastian ini lah, penulis berpandangan, faktor calon sangat siginifikan pada PRU kali ini. Tiada lagi istilah, calon payung terjun, tiada lagi istilah calon yang bertanding hanya diketahui pengundi samada semasa kempen atau nama mereka atas kertas calon.
Bagi senario Parlimen Papar, pengundi kawasan tersebut sangat bertuah, kerana mereka yang berpotensi dipilih menjadi calon, telah merakyat, telah bermasyarakat sekian lama, selain mempunyai kedudukan parti di peringkat bahagian.

Pengetahuan penulis secara umum, bukan sahaja bagi Parlimen Papar, termasuk juga 24 kawasan parlimen lain di Negeri Di Bawah Bayu ini.

Jika salah seorang yang “eying” parlimen tersebut, samada Timbalan Ketua Bahagian, seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan atau kah bendahari bahagian seorang yang telah memfokuskan diri dalam arena politik dan kini diberi kepercayaan membantu Ketua Menteri di Pejabat Ketua Menteri untuk urusan-urusan politik, kedua-duanya berpontensi merampas kawasan tersebut daripada Parti Warisan. Pun demikian, antara mereka, perlu saling memberi laluan, mana-mana yang terpilih, perlu saling membantu untuk memastikan kemenangan. Tindakan demikian perlu, kerana penulis, berpandangan, faktor calon sangat signifikan pada PRU kali ini, bukan sahaja di Parlimen Papar, akan tetapi di kawasan-kawasan lain juga. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive