Tuesday, October 11, 2022

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI RENDAH SENJATA PERTARUHAN UMNO

BENAR pada PRN Melaka dan Johor dan beberapa PRK pasca PRU-14, Umno-BN menang apabila peratusan keluar mengundi rendah.

Atas sebab kemenangan tersebut, maka sekali lagi menggunakan senjata tersebut pada PRU kali ini, apabila memaksa diadakan pada musim banjir.

Para pemimpin Umno tahu, apabila ada bencana atau musibah, maka hanya ahli dan penyokong tegar akan keluar mengundi.

Di antara blok parti-parti politik, Umno lah yang mempunyai ahli teramai demikian juga penyokong tegar.

Parti seperti Umno boleh kalah, jika hanya jika pengundi pasif, atas pagar keluar beramai-ramai, seperti mana PRU-14.

Jika benar-benar berlaku peratusan keluar mengundi rendah, kebarangkalian keputusan untuk 166 kerusi di Semenanjung dan WP Labuan, adalah Umno-BN-80; PH-47 dan PN-39.

Jika keputusan sedemikian berlaku di Semenanjung, maka Umno-BN memerlukan sokongan Sarawak dan Sabah.

Melihat keputusan di Semenanjung tersebut, benar lah menurut Parti Pas, jika inginkan kerajaan dan politik stabil, maka perlu kerjasama 5 serangkai: Umno-Pas-Bersatu-GPS-GRS.

Oleh kerana senario politik tanah air telah mengalami perubahan, kebarangkalian berlaku Umno-BN akan bekerjasama dengan PH, kerana Umno masih boleh menerima DAP berbanding Bersatu, semata-mata untuk tujuan menubuhkan kerajaan kuat dan stabil. Dan untuk keperluan kuasa 2/3 maka mengajak GPS dan GRS juga. Pendekatan ini kemungkinan berlaku, dan bukan pendekatan lain, kerana isu, Parti Pas tidak boleh menerima DAP, Umno tidak boleh menerima Bersatu, maka kombinasi yang membabitkan Bersatu dan DAP secara bersama, tidak akan menjadi pilihan. Pun demikian, politik itu macam cerita 1001 malam, penuh dengan kemungkinan, yang tidak mungkin boleh berlaku, termasuk lah jika lebih 80% pengundi 23juta menunaikan tanggungjawab, senarionya sukar digambarkan. Sama-sama kita lihat keputusannya.


No comments:

Blog Archive