Monday, October 31, 2022

PARLIMEN KOTA BELUD JADI TUMPUAN LAGI

SEPERTI PRU tahun 2008, kali ini Parlimen Kota Belud jadi tumpuan lagi. Parlimen ini jadi tumpuan, bukan kerana apa, apa kah Datuk Salleh Tun Said akan bertanding?

Setiap pilihan raya, mesti menjadi buah bibir rakyat kawasan parlimen ini berkaitan Datuk Salleh. Apa di sebaliknya berkaitan Salleh? Bagi orang Kota Belud sudah tentu memahaminya, kerana Salleh adalah pewaris pada kepimpinan daerah ini sebelum merdeka lagi.

Diakui pengelibatan Salleh dalam politik Kota Belud terdapat pasang surut, kalah-menang sudah menjadi asam garam bagi pemimpin itu. Keadaan pasang surut itu menjadi pemangkin kepada mantan Ketua Menteri Sabah untuk terus bergiat dalam arena politik, kadang kala diberi peranan di diperingkat nasional, kadangkala di peringkat negeri.

Tahun 2008, Salleh mengambil keputusan “berehat” dalam dunia politik, akan tetapi, tidak lama kemudian terpaksa kembali, kerana tenaga dan kepimpinan beliau diperlukan, baik di peringkat negeri mahupun nasional. Malangnya, apabila bersedia kembali, disambut pula oleh sabotaj oleh pihak-pihak tertentu pada PRU-14, sehinggakan kalah, namun bangikit semula pada PRN-16 Sabah, apabila bertanding di DUN Usukan, dengan kemenangan majoriti lebih besar berbanding undi calon daripada parti yang mengalahkan beliau pada PRU-14.

Pada PRU kali ini, walaupun semua pihak merasakan, ADUN Usukan tersebut adalah calon yang paling tepat untuk merampas kembali Parlimen Kota Belud daripada Parti Warisan, akan tetapi, keinginan bersungguh-sungguh daripada Datuk Rahman Dahalan bertanding di kawasan tersebut, membuatkan pucuk pimpinan Umno terpaksa membuat pertimbangan sedalam-dalamnya, sebelum membuat keputusan, kerana dibimbangi berlaku senario PRU-14, kawasan yang sepatutnya dimenangi jatuh ke tangan parti lain kerana unsur sabotaj.

Apa yang boleh menjadi perhatian pada PRU kali ini, adalah pengundi parlimen ini sudah jauh berubah, daripada PRU-14, dengan pertambahan 21 ribu pengundi. Pengundi baharu ini, diyakini tidak mengikuti senario pada PRU-14, ertinya mereka sangat bergantung pada senario terkini.

Pengundi baru ini, pertimbangan mereka pada pemimpin yang biasa mereka lihat, bertembung, atau terlibat dengan aktiviti atau acara-acara yang melibatkan pemimpin, setahun atau 6 bulan terakhir, dan tentunya pemimpin yang keluar masuk kawasan ini adalah Salleh, walaupun hanya sebagai ADUN Usukan, salah satu daripada 4 DUN bagi Parlimen Kota Belud, akan tetapi jadual turun padang beliau meliputi seluruh DUN, jauh sebelum pembubaran parlimen, malah “tersangat” aktif semasa pandemik Covid-19, menyantuni rakyat yang terkesan.

Penulis yakin, berasaskan senario semasa, mencalonkan Salleh bagi Parlimen Kota Belud, adalah cara memastikan parlimen ini menjadi salah satu kerusi yang boleh menyumbang kerusi pada GRS-BN. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive