PENULIS berpandangan berasaskan daftar pengundi baharu yang digunakan pada 19 November depan, menidakkan kawasan tradisi, sebaliknya berpandukan pada kekuatan semasa.
Kedua-kedua parti itu perlu berterus terang semasa perbincangan, terutama berkaitan calon, kerana mana-mana calon yang telah bekerja di kawasan masing-masing perlu mengukur KPI masing-masing, yang berpandukan pada kekerapkan melaksanakan aktiviti kemasyarakkatan di kawasan masing-masing.
Selepas mengenalpasti KPI ini, maka jadikan asas sebagai agihan kerusi. Mengapa pendekatan ini perlu diambilkira? Sebabnya, PRU kali ini, pengundi, terutama pengundi baharu akan membuat keputusan berpandukan pada keadaan yang berlaku setahuan ke 6 bulan terakhir. Mereka ini, lebih gemar pada calon yang mudah mereka dekati, mempunyai visi yang sama dengan aspirasi mereka, yang paling penting, aktiviti para individu sedemikian kerap mereka ketahui ataupun pernah mereka ikuti dan mungkin mereka pernah terlibat.
Jika para pemimpin dua parti itu hanya bersandar pada kawasan tradisi/rekod lampau, atau atas nama parti, penulis berpandangan tidak tepat lagi pada masa sekarang.
Jangan ambil mudah aspirasi rakyat, dalam pemilihan calon, apabila menganggap kedudukan atau status seseorang, sedangkan hubungan dengan pengundi mempunyai jarak, kerana, dalam sesebuah pertandingan yang berasaskan massa, budak pejabatpun boleh menang apabila bertanding dengan mereka yang menghandalkan nama, kedudukan, status atau jawatan.
Sudah tentu, meletakkan calon dalam pilihan raya bertujuan untuk menang, bukan sekadar peserta pesta demokrasi, atas sebab itu menentukan calon terutama pada PRU kali ini amat kritikal.
Jangan berulang senario PRU-14, pencalonan menghandal nama,kedudukan, status, sedangkan calon-calon tersebut terlalu lama terputus hubungan dengan pengundi, kesannya sebahagian daripada mereka tersenarai sebagai calon kalah.
Dalam masa yang sangat kritikal ini, keputusan jitu sangat diperlukan, dan tentunya bersandarkan maklumat atau maklum balas yang jitu juga. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment