Friday, September 30, 2022

PRU-15 KONDUSIF DIADAKAN PADA MEI TAHUN DEPAN

JIKA mengambilkira berakhirnya musim tengkujuh untuk mengadakan PRU-15, maka Mei tahun depan masa yang sesuai.

Penulis meneliti laporan Met Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia), fasa transisi monsoon bermula awal Oktober dan dijangka berakhir pada minggu ke-2 Mei tahun depan.

Pada fasa transisi monsoon boleh berlaku banjir kilat terutama di kawasan-kawasan yang kerap dilanda banjir malah termasuk juga kawasan-kawasan lain.

Keadaan banjir diramal lebih teruk daripada biasa, kesan fenomena La Nina, antaranya lebat hujan yang lebih tinggi yang berterusan.

Di lihat, ada pihak yang ingin dilaksanakan PRU-15 pada musim tengkujuh, untuk mengelak peratus pengundi yang keluar mengundi tinggi.

Seperti PRN Melaka dan Johor, peratus keluar mengundi rendah kerana faktor pandemik Covid-19.

Dalam keadaan peratus pengundi rendah, parti yang ramai ahli dan jentera serta pengundi tegar, mempunyai kelebihan, atas sebab, setiap ahli dan penyokong berusaha sedaya upaya keluar mengundi untuk memastikan setiap undi tidak sia-sia. Manakala pengundi yang termasuk dalam golongan pengundi pasif, atas pagar, mungkin juga undi-18, tidak akan bersusah payah, dan kerana keadaan ini,maka peratus yang keluar mengundi rendah.

Oleh kerana sistem demokrasi negara berasaskan pada sistem First Past The Post (FPTP) dan jumlah kerusi, maka, mana-mana calon yang mempunyai undi terbanyak, maka menang, walaupun bukan undi popular. Sebagai contoh,jika jumlah pengundi 10, dan terdapatnya 3 calon dengan masing-masing undi 3-3-4, maka calon yang mendapat undi 4 adalah pemenang.

Tidak sepatutnya berlaku, kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan minoriti, kerana tidak mencerminkan suara majoriti.

Jika ingin mendapatkan kerajaan yang disokong majoriti, pilihan raya wajar diadakan pada keadaan yang kondusif dan sesuai, seperti mana PRU tahun 2013 dan 2018 yang diadakan pada bulan Mei.

No comments:

Blog Archive