Wednesday, September 07, 2022

PRU-15: GRS-BN BOLEH MENANG 20 KERUSI PARLIMEN

SATU khabar buruk bagi parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH), apabila GRS-BN Sabah berganding bahu bersama berhadapan PRU-15 yang hanya membabitkan kawasan parlimen.

Kerjasama dua parti tersebut, boleh menang sekurang-kurangnya 20 kawasan daripada 25 yang dipertandingkan.

Hanya 5 kawasan lain, Semporna, Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau kemungkinan besar kekal dipertahankan oleh parti-parti penyandang bagi kawasan-kawasan tersebut.

Hasil kerjasama dua parti itu, akan merampas, Parlimen Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Papar, Tenom, Batu Sapi dan Silam (Lahad Datu) dan Kalabakan daripada parti Warisan dan PH.

Kerjasama antara dua parti itu pada prinsipnya dipersetujuai kedua belah pihak, namun sangat bergantung pada agihan kerusi terutama antara Bersatu dan Umno. 14 kawasan parlimen yang biasa ditandingi Umno adalah isu utama yang menyelubungi antara dua parti.

Kenyataan Timbalan Ketua Umno Sabah- Datuk Yakub Khan di Kalabakan pada Ahad lalu, kerjasama antara dua parti itu sangat bergantung pada agihan kerusi, terutama kerusi selamat yang kini disandang wakil rakyat Bersatu. Akan tetapi, apabila melihat potensi menang banyak kerusi berbanding bergerak solo, kebarangkalian bagi Umno akan akur untuk bekerjasama, seperti mana pada PRN-16 Sabah.

BN Sabah dan GRS perlu akur dengan kehendak rakyat Sabah seperti mana ditunjukkan pada PRN-16 Sabah.

Rakyat Sabah secara umumnya mahu, dua blok politik itu bekerjasama, kerjasama seperti dalam Kerajaan Negeri.

Kerjasama dua parti itu, bukan sahaja mengwujudkan kestabilan politik, akan tetapi, menjadi katalis pada kemajuan ekonomi negeri, seperti mana data pelaburan yang masuk ke Sabah sejak dua parti tersebut menjadi kerajaan, iaitu hampir RM10bilion bagi tempoh 6 bulan tahun 2022, pelaburan ke-3 tertinggi dalam negara.

Ke-eratan hubungan antara GRS-BN Sabah dalam Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, mendorong rakyat memberi sokongan, dan tidak mustahil, pada PRU-15, dua parti itu akan menyapu bersih semua kawasan yang ditandingi, walaupun di atas kertas, 5 kawasan yang disebutkan pada awal tulisan ini, kekal dipertahan oleh parti-parti penyandang.

No comments:

Blog Archive