Monday, September 26, 2022

KOMEN RAZLAN RAFII TERHADAP PPBM SABAH- MENEMBAK DALAM GELAP

KOMEN MKT Umno Razlan Rafii  (Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) kononnya nisan PPBM tersedia Sabah, ekoran kenyataan Pengerusi GRS Sabah bekerjasama dengan BN pada PRU-15, umpama menembak dalam gelap.

Malang sungguh sebagai MKT Umno, gagal membaca kehendak rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah.

Pada PRN-16, Umno adalah parti dalam “GRS” yang menang kerusi terendah peratusnya berbanding jumlah calon, manakala rakan parti itu, PBRS dan MCA kosong kerusi, berbanding pencapaian Bersatu (PPBM) dan rakan parti seperti PBS dan STAR.

Semua pemimpin GRS atau Umno Sabah sedar kehendak rakyat Sabah, yang menyokong kerjasama antara dua blok parti itu. Tiada mana-mana pemimpin yang waras mahu menyanggah kehendak rakyat.

Memang betul dalam GRS itu ada Bersatu, tetapi Bersatu Sabah bergerak dalam politik negeri mengikut acuan lokal, manakala di peringkat nasional mengikut rentak pemimpin nasional. Demikian juga Umno-BN Sabah, dalam negeri bergerak dalam acuan lokal, di peringkat nasional mengikut rentak nasional.

Tidak sedar kah MKT Umno itu, bahawa kerajaan negeri diterajui kerajaan GRS-BN Sabah???? Sebaiknya pemimpin Umno Wilayah Persekutuan itu, memikirkan bagai mana menang kerusi di kawasan yang diwakili, berbanding memberi pandangan yang tidak bernilai.

No comments:

Blog Archive