Sunday, August 14, 2022

SLDB CEBUR PENGELURAN BAJA NANO

Datuk Abdul Ghani (2 dari kiri)
PERLANTIKAN Datuk Abdul Ghani Yassin sebagai Pengerusi SLDB, sejak kerajaan GRS-BN Sabah menerajui Sabah, telah memperlihatkan potensi agensi Kerajaan Negeri tersebut, yang sekian lama macam tidur, walaupun telah diberi tanah luas oleh kerajaan, bagi membantu kerajaan menjana pendapatan, selain kaedah membangun kawasan luar bandar bersama penduduk yang terkait.

Pada Khamis, agensi itu telah menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat- Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSB) untuk membina sebuah kilang baja nano berteknologi tinggi di atas 10 ekar tanah milik SLDB, di Silabukan, Lahad Datu.

Baja nano, adalah sejenis baja yang digunakan untuk kelapa sawit, yang efektif penggunaannya, kerana hanya digunakan 2 kali setahun. Selain itu, baja itu berkesan mengurangkan penyakit ganoderma (sejenis kulat yang menyerang kelapa sawit, akibat bawaan baja jenis lain).

Seharusnya, membina kilang jenis ini, sudah lama dipelopori, memandangkan keperluan baja bukan sahaja untuk kelapa sawit, akan tetapi tanaman-tanaman lain.

Sabah sekian lama mengimport baja tanaman, kilang seumpama ini, dapat membentung aliran wang ke luar negara.

Pembinaan kilang seumpama ini, adalah persedian awal agensi itu menjadi agensi dihadapan dalam pengwujudan sekuriti makanan di Sabah, sesuai dengan misi Sabah Maju Jaya.

No comments:

Blog Archive