Monday, August 01, 2022

RUU ANTI LOMPAT- BUKAN ISU BAGI GRS

RUU Anti Lompat, bukan isu bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sepatutnya tidak timbul isu desakan pembentangan undang-udang tersebut seperti mana disuarakan pemimpin Warisan dan DAP, kerana gabungan tersebut tiada bantahan mengenai RUU yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu.

Mengadoptasi RUU tersebut untuk ADUN, maka perlu diluluskan pada sidang DUN.

Bagi Sabah, untuk merealisasikannya, ada dua pilihan, samada mengadakan SIDANG KHAS DUN atau atau sidang DUN yang akan datang antara November atau Disember, iaitu sidang untuk membentangkan Bajet.

Sebaik sahaja RUU tersebut diluluskan di parlimen ADUN Luyang daripada DAP, mempersoalkan mengapa Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor tidak mengulas segera. Sementara Presiden Warisan pula mendesak RUU perlu dibentangkan.

Bagi pihak GRS, Datuk Maximus Ongkili, sudah membuat kenyataan, sebaik RUU tersebut diluluskan,  Sabah dan Sarawak ada 60 hari untuk meluluskan undang-undang melalui DUN masing-masing.

Bagi pandangan penulis, Ketua Menteri tidak perlu mengulas, kerana latar belakang politik Sabah, yang pernah meluluskan undang-undang serupa pada tahun 1988, sebelum dibatalkan,kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive