Sunday, August 07, 2022

PELANCONG NEGARA CHINA RANCAK SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN SABAH-JAFFRY

KEMAJUAN sektor pelancongan bergantung pada kedatangan pelancong luar negara, walaupun juga didokong pelancong domestik.

Kelebihan kedatangan pelancong luar negara, selain menyumbang kutipan hasil tinggi, juga negara mendapat keuntungan pertukaran wang asing.

Purata kedatangan pelancong asing ke Sabah sebelum pandemik Covid-19 mencecah 4 juta setahun, 600 ribu daripadanya daripada negara China.

Menurut Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri- Datuk Jaffry Ariffin, kedatangan pelancong negara China akan bertambah rancak lagi, apabila syarikat penerbangan negara tersebut, China Southern Airlines dan China Eastern Airlines bakal menyambung penerbangan terus ke Sabah dalam masa terdekat.

Kedatangan pelancong mempunyai impak berganda pada aktiviti ekonomi negeri, kerana ianya banyak berkait dengan pelbagai sektor, peruncitan, penginapan/hotel, pengangkutan, makanan-minuman, kraft. Atas sebab itu lah sektor ini, dijadikan sebagai salah satu teras dalam visi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Industri pelancongan dikenal pasti sebagai industri the raising sun industry era Tan Sri Musa, kerana memanfaatkan kekayaan alam semulajadi negeri, seperti lautan, hutan, gunung, budaya, dengan tujuan mencipta berbagai aktiviti ekonomi, membuka peluang-peluang pekerjaan, dan pada masa sama meningkatkan kutipan hasil negeri. Sebelum pandemik, kutipan hasil negeri daripada sektor ini purata RM8 bilion setahun.

Aktiviti pelancongan negeri, dijangka semakin rancak lagi, ekoran berbagai perancangan, strategi yang diambil kementerian serta agensi naungannya, agar industri ini jelas impaknya pada SMJ menjelang tahun 2025.

No comments:

Blog Archive