Thursday, August 25, 2022

NAJIB MASUK PENJARA: HIKMAH TUMBANGKAN MUHIYIDDIN

BETUL lah, hikmah pada sesuatu tindakan, akan disedari, hanya selepas mendapat jawapan daripada tindakan tersebut.

Tidak terbayangkan betapa marahnya penyokong BossKu pada kerajaan khususnya Perdana Menteri, jika Tan Sri Muhiyiddin Yassin kekal pada jawatan.

Walaupun Perdana Menteri daripada Umno, sesetengah penyokong BossKu masih meluahkan kemarahan dan kekecewaan.

Jika lah 23 Ogos, 2022, hari di mana BossKu dipenjarakan, pasti, jika Muhiyiddin masih Perdana Menteri, pada saat itu juga tumbang, kerana ahli parlimen yang menyokong BossKu sertamerta akan menarik sokongan.

Apa yang boleh dibuktikan pada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta pada BossKu, menunjukkan bahawa Badan Kehakiman negara bebas campur tangan politik, yang memangpun demikian. 

Akan tetapi, jika Perdana Menteri bukan daripada Umno dan dihukum itu pemimpin Umno, maka tuduhan campur tangan politik pada badan kehakiman bukan mengendur akan tetapi dirancakkan.

Setidak-tidaknya penyingkiran Muhiyiddin pada Ogos,2021 daripada jawatan Perdana Menteri kerana penarikkan sokongan 15 ahli parlimen yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah memperkukuh integriti Badan Kehakiman Negara, daripada persepsi campur tangan politik.

Bermula daripada sekarang, sepatutnya tidak timbul lagi, tuduhan pada badan tersebut, bahawa keputusan membebaskan, melepaskan atau sebaliknya melibatkan tokoh-tokoh politik kerana adanya tangan-tangan ghaib daripada ahli-ahli politik yang ada kuasa, terjawab dengan sendirinya, bahawa semua itu, hanya persepsi.

No comments:

Blog Archive