Saturday, July 30, 2022

SELEPAS RUU ANTI LOMPAT, DICADANG RUU RAKYAT PECAT WAKIL RAKYAT

SEMPENA Maal Hijrah, penulis mencadangkan agar satu lagi Rang Undang-Undang, RUU Rakyat Pecat Wakil Rakyat, selepas RUU Anti Lompat diluluskan.

RUU yang dicadang ini membolehkan rakyat memecat wakil rakyat yang mengabaikan tanggung jawab sebagai wakil rakyat. Undang-Undang seperti ini telah lama digunapakai di United Kingdom dan New Zealand.

Tidak dinafikan, terdapatnya wakil rakyat mengabaikan tanggungjawab, mungkin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak, antara lain, dana untuk aktiviti kemasyarakatan atau politik yang terhad.

Persidangan DUN ke-16 Sabah pada 18-21 Julai lalu, Dun Sabah telah meluluskan kenaikan elaun atau imbuhan wakil-wakil rakyat negeri, termasuk anggota pentadbiran, memandangkan elaun atau imbuhan yang diterima antara yang terendah di negara ini, malah jika dibandingkan dengan negeri jiran-Sarawak, elaun atau imbuhan negeri bumi kenyalang tersebut lebih sekali ganda tinggi.

Apabila elaun atau imbuhan yang diterima wakil rakyat atau anggota pentadbiran dikira sudah memadai untuk membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab dan aktiviti, maka giliran rakyat pula menentukan KPI mereka. Rakyat boleh menentukan KPI untuk wakil rakyat yang mewakili mereka, menerusi undang-undang yang dicadangkan tersebut.

Pada masa sekarang, rakyat atau pengundi yang menyokong seseorang calon untuk menang dan seterusnya mendapat status wakil rakyat, rakyat tidak dapat berbuat banyak, dalam tempoh sepenggal, jika wakil yang dipilih mengabaikan mereka.

Juga menerusi undang-undang baharu tersebut, ada klausa yang merujuk pencapaian atau KPI seseorang wakil rakyat yang membolehkan rakyat memberi penilaian, untuk membolehkan wakil rakyat tersebut menerima tambahan elaun atau imbuhan, sebagai balasan pada pencapaian. Berbanding yang berkuatkuasa sekarang, tiada perbezaan antara wakil rakyat yang aktif turun padang, berbanding yang hanya menghabiskan masa di tempat-tempat mewah atau pejabat masing-masing, termasuk jarang-jarang berada di tempat. 

Menerusi Undang-Undang yang dicadangkan itu juga ada klausa, yang merujuk pada wakil-wakil rakyat, menyeneraikan butiran-butiran sebab-sebab mereka dilihat atau dianggap mengabaikan tanggungjawab, termasuk lah, kelembaban pegawai kerajaan termasuk kementerian yang terkait, seperti mana isu yang dihadapi ADUN Tulid, yang telah memohon membina jambatan Gantung daripada Kementerian KLBS, akan tetapi terpaksa menunggu 4 bulan untuk mendapat kelulusan. Perkara kecil seperti jambatan gantung, memalitkan imej negatif pada kerajaan. Jika semua pihak saling merasa bertanggungjawab, perkara sebegini tidak sepatutnya timbul. 

Hakikatnya, projek-projek kecil yang sangat diperlukan rakyat, bukan sahaja dipohon oleh wakil-wakil rakyat, akan tetapi oleh penduduk setempat, menerusi Pejabat Daerah, akan tetapi, permohonan sedemikan, tidak mudah mendapat peruntukan. Mungkin atas sebab itu ada rakyat menggunakan media sosial berkaitan keperluan mereka dengan tujuan membuka mata pihak-pihak berkuasa. Fikir-Fikirkan Untuk kebaikan semua!!!.

No comments:

Blog Archive