Wednesday, July 20, 2022

PERASUAH DI MALAYSIA BOLEH JADI IDOLA

NORMAL pemakan dedak mengangkat perasuah sebagai idola, tetapi yang tidak lazim, ada yang berkategori terpelajar juga  bertindak sama.

Penulis kerap terbaca, beberapa terpelajar dipetik media cetak atau media atas talian, jika diteliti pendapat atau pandangan mereka seperti yang dilaporkan, menjadikan perasuah bukan sahaja dikagumi tetapi juga sebagai idola mereka.

Kempen Timbalan Presiden PKR yang baru dilantik- Rafizi Ramli membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Razak, menurut salah seorang daripada terpelajar tersebut, akan menjadikan mantan Perdana Menteri itu bukan sahaja bertambah popular dan disanjung, akan tetapi sokongan rakyat semakin meningkat.

Kerana sokongan semakin meningkat, akan menyebabkan Umno menang besar pada PRU-15.

Datuk Seri Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana kesalahan rasuah dan salahgunakuasa. Penasihat Barisan Nasional tersebut masih merayu hukuman tersebut di mahkamah Persekutuan.

Jika terpelajar pun menjadikan perasuah disanjung, maka tidak dapat menyalahkan pemakan dedak, kerana menyokong dan menyanjung adalah tugas yang perlukan dilaksanakan.

Akan tetapi, apabila segelintir terpelajar menjadikan perasuah sebagai idola, maka menghantar mesej pada rakyat, terutama generasi muda atau belia, bahawa perbuatan rasuah itu bukan lah satu jenayah, akan tetapi perbuatan mulia.

Rakyat Melaka dan Johor telah buktikan parti yang mempunyai pemimpin yang sedang dibicarakan di mahkamah dan ada yang dijatuhi hukuman, masih diberi kepercayaan.

Apabila Umno menang besar pada PRN Melaka dan Johor, ada yang mengatakan, kemenangan besar tersebut atas sebab pemimpin parti yang melawan Umno menggunakan isu rasuah menyerang Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Seperti diketahui bukan sahaja rakyat negara ini malah penduduk sejagad tahu, Najib dan Zahid sedang dibicarakan dengan pertuduhan yang berjela-jela. Malah, Najib sendiri perlu naik turun pada mahkamah yang berbeza dengan hakim yang berbeza.

Zahid adalah Presiden Umno, manakala Najib penasihat Barisan Nasional.

Dua pemimpin ini mengetuai sebahagian pemimpin Umno, terutama mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14; selain mereka yang pernah terpalit dengan isu 1MDB; pernah didakwa di mahkamah kerana rasuah, mendesak Perdana Menteri membubarkan parlimen lebih awal daripada sepatutnya untuk membuka jalan PRU-15, kerana mereka mengambil peluang “feel good factor” atas kemenangan Umno pada PRN Melaka dan Johor.

Benar lah kata orang bijaksana, terpelajar tidak sama  dengan  terdidik.

No comments:

Blog Archive