APABILA Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai menteri KPLB Persekutuan, tujuannya, agar infrastrukur luar bandar Sabah yang ketinggalan jauh, terutama keperluan mendesak seperti jambatan gantung, atau jambatan penghubung antara penempatan penduduk dengan sekolah, pusat kesihatan, kompleks jabatan kerajaan atau pekan-pekan dapat dibina.
Malangnya, walaupun berbilion telah dihabiskan untuk tujuan tersebut, akan tetapi tidak berbekas dilapangan, kerana prioriti adalah projek-projek gajah putih yang berkos besar.
Sebagai akibat tidak dibinanya kemudahan yang penting, walaupun berkos purata RM100 ribu, Kerajaan Negeri dengan peruntukan terhad terpaksa mengambil alih dan cuba membina kemudahan-kemudahan tersebut secara berperingkat. Akan tetapi, rakyat yang terkesan, tidak dapat menunggu, sehingga berkongsi kemarahan mereka menerusi laman sosial.
Kerajaan negeri jauh sekali menganak tirikan rakyat di luar bandar, terutama pelajar, dengan membiarkan menjadi mangsa, akan tetapi, kekurangan peruntukan, ada lah punca utama, antara sebab kemudahan seumpama itu lambat dibina.
Highlight media nasional, termasuk kumpulan New Strait Times (NST), seolah-olah menuding jari pada keraaan negeri, sebenarnya tidak tepat, kerana tanggungjawab untuk penyediaan kemudahan tersebut, terletak pada KPLB Persekutuan. Mengapa dikatakan tanggungjawab Persekutuan, atas sebab kutipan hasil Persekutuan daripada Sabah masuk sebagai kutipan hasil persekutuan, bukannya kutipan hasil negeri.
Memang betul, Sabah sendiri mempunyai kementerian yang hampir serupa, akan tetapi, tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi maksud membina kemudahan-kemudahan sedemikian secara serentak, melainkan mengikut keutamaan, selain siapa dahulu memohon didahulukan, kerana keadaannya hampir serupa.
Muka depan, NST dan Daily Express pada Khamis, menunjukan gambar-gambar, pelajar mempertaruhkan nyawa menyebarang sungai untuk ke sekolah, bertujuan memalitkan imej buruk pada kerajaan negeri, sedangkan pihak kerajaan terutama para wakil rakyat di kawasan tersebut, telah lama maklum keadaan sedemikian, dan berusaha mendapatkan peruntukan untuk membina kemudahan yang diperlukan.
Wang kerajaan tidak mudah digunakan, kerana mengikut SOP yang ditetapkan, akan tetapi, penularan di media sosial lebih pantas, berbanding pelaksanaan.
No comments:
Post a Comment