Monday, April 11, 2022

RETORIK YANG TIDAK BERKESUDAHAN

MUNGKIN kerana politik itu berpaksi pada serba kemungkinan, maka pemain politik mengisinya dengan retorik. Kerana kecekapan pemimpin menggunakan pendekatan itu, maka boleh menang dalam pilihan raya. Juga dengan kecekapan yang sama, boleh menukar kerajaan, di luar pilihan raya.

Pergerakan masa, akhirnya satu demi satu retorik yang dimainkan terbukti, hanya memesongkan rakyat yang akhirnya memerangkap mereka dengan harapan tinggal harapan.

Sudah lah pendekatan retorik digunakan, menipu rakyat juga salah satu tindakan termasuk melompat dari satu parti ke parti lain dan tidak menunaikan janji manifesto.

Impak pada tindakan dan perlaku pemimpin politik, rakyat yang tidak terikat dengan mana-mana parti yang mana jumlahnya lebih ramai berdepan kekeliruan, sehinggakan enggan keluar mengundi semasa pilihan raya. Atas sebab kengganan mereka itu, maka kerajaan yang terpilih, hanya diwakili kelompok minoriti.

Hakikatnya membendung tindakan dan perbuatan retorik pemimpin politik sudah dimulakan oleh Kerajaan Sabah era Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) semasa diterajui Datuk Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri), apabila DUN Sabah meluluskan Undang-Undang Anti Lompat. Mangsa pertama undang-undang tersebut adalah Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, apabila terpaksa mengosongkan DUN Usukan dan terpaksa berhadapan dengan PRK, namun undang-undang tersebut akhirnya dinyatakan tidak sah oleh Parlimen.

Selepas itu, rakyat negara ini telah menyaksikan, akibat lompat parti maka kerajaan-kerajaan negeri berganti bukan menerusi pilihan raya, termasuk lah kerajaan Persekutuan pada Mac, 2020. Pergantian kerajaan Persekutuan tersebut pertama kali berlaku bukan menerusi pilihan raya, sejak negara merdeka.

Mungkin kah menerusi RUU Anti Lompat parti yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai depan mengakhiri permainan retorik para pemimpin? kerana menerusi RUU tersebut, maka parti berfungsi seperti semestinya, kerana parti yang bertanding dalam pilihan raya. Parti tidak boleh mengamalkan permainan retorik, kerana matlamat parti bukan sepenggal, akan tetapi dalam jangka masa yang lama, yang membawa pengertian, bahawa parti perlu berjuang sesuai dengan aspirasi rakyat, juga membela mereka. Apabila RUU itu berkuat kuasa, maka parti lah yang mempunyai kuasa bukannya kelompok pemimpin yang ada didalamnya. Hakikatnya RUU ini memang sesuai dengan arena politik negara ini, supaya, setiap pemimpin mengamalkan, setiap ahli atau penyokong parti adalah keluarga besar, dan akan bertindak seadil mungkin pada setiap ahli keluarga.

Apabila parti menentukan kerajaan, maka menggambarkan keseluruhan. Parti boleh membentuk kerajaan jika menang kerusi majoriti (sekurang-kurangnya majoriti mudah). Dalam situasi dan kondisi yang demikian, mana-mana pemimpin yang hanya kuat di kawasan-kawasannya, kerana menumpukan semua kekuatannya semasa berkuasa, tidak membawa erti apa-apa, jika parti yang diwakili tidak cukup kerusi membentuk kerajaan. Hakikat ini lah yang berlaku sekarang, kerana ada pemimpin yang bertindak demikian, kerana apabila parti yang diwakili tidak cukup kerusi, maka pemimpin itu membawa kerusi yang dimenangi berpindah pada parti yang cukup kerusi atau kerusi yang di bawa itu boleh menjadikan parti yang dituju itu membentuk kerajaan, seperti mana berlaku pada PRU-14, apabila 6 ADUN BN menyeberang pada Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal (keadaan serupa juga apabila PH tumbang pada Februari, 2020).

RUU Anti Lompat walaupun diperlukan dari awal-awal lagi di negara ini, akan tetapi belum terlambat. RUU itu boleh mengwujudkan budaya politik sihat dan seterusnya mengubati perasaan rakyat yang sudah muak dan bosan pada wakil-wakil rakyat yang melompat selepas menang.

Bagi pandangan penulis, selepas RUU anti lompat diluluskan dan berkuatkuasa, boleh lah menguncapkan SELAMAT TINGGAL pada politik retorik!!!!.

Nota: Istilah lompat parti HANYA terpakai, apabila tindakan itu menyebabkan sesebuah kerajaan tumbang, bukannya mereka yang berpindah parti, tidak menyebabkan kerajaan yang dibentuk tumbang. Mereka yang bukan sebahgaian kerajaan menukar parti, mungkin untuk maksud penjenamaan atau flatform baharu.

No comments:

Blog Archive