Monday, March 28, 2022

SETAHUN SABAH MAJU JAYA

ESOK 29 Mac, 2022, tepat setahun pelancaran Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini dirujuk sebagai Kerajaan GRS-BN.

SMJ adalah panduan pembangunan lima tahun (2021-2025) kerajaan yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor.

Huruf SMJ juga mewakili tiga teras, iaitu S mewakili sektor utama ekonomi iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan, manakala M mewakili modal insan dan kesejehteraan rakyat, dan huruf J mewakili jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Tiga teras tersebut dipacu lima pemboleh daya iaitu kemampuan fiskal, kemudahan kewangan, keberkesanan dan kecekapan penyampaian, kecemerlangan tadbir urus berintegriti dan kerajaan digital.

Untuk memastikan hala tuju ini mencapai matlamatnya, setiap teras dan pemboleh daya akan disokong dengan pelbagai inisiatif.

Menurut Hajiji semasa pelancaran pada 29 Mac, 2021, pelaksanaan hala tuju baharu kerajaan ini digerakkan berpandukan lima objektif iaitu membina negeri dan masyarakat bersatu, aman makmur dan sejehtera; mengotimumkan sumber dan hasil negeri; merangsang pemulihan ekonomi; meningkatkan ekonomi rakyat;dan membangunkan modal insan.

SMJ dirangka dalam usaha kerajaan negeri untuk menangani keadaan ekonomi, pembangunan dan kesan pandemik Covi-19 yang menyebabkan rakyat Sabah berdepan situasi mencabar berbanding sebelum ini.

Esok akan diketahui pencapaian setahun pelancaran insiatif Sabah Maju Jaya, bertempat di SICC Teluk Likas, Kota Kinabalu.

No comments:

Blog Archive