ANTARA Umno dan Bersatu, kerana persamaan ideologi, adalah faktor penyebab, dua parti itu bagaikan air dan minyak.
Kalau bersandarkan isu-isu semasa yang menyelubungi dua parti itu, ada juga berkaitan “dendam” antara para pemimpin kedua belah pihak.
Tidak dinafikan diperingkat awal, misi utama penubuhan Bersatu adalah untuk menggantikan Umno. Misi itu juga serupa apabila parti Pas ditubuh. Demikian juga penubuhan parti S46, juga bermatlamat sama. Atas faktor tersebut, maka pada satu peringkat hanya ada satu pilihan “you or me”.
Para pemimpin Bersatu Sabah mengantisipasi keadaan yang bakal berlaku. Bagi maksud kerjasama dengan Umno sesuai dengan kehendak rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah, maka mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagi sebuah parti, dengan itu, kerjasama atau perkongsian kuasa akan menjadi Kerajaan GRS-BN Sabah, bukan lagi berasas pada parti komponen.
Umno dipersimpangan, jika bekerjasama dengan single parti samada Bersatu atau Warisan, atas sebab matlamat asal dua parti itu menggantikan parti itu.
Akan tetapi, jika Umno mahu berkongsi kuasa seperti mana hubungannya dengan GRS demi rakyat dan negeri, maka ianya merupakan pengorbanan.
Dalam politik, sangat bergantung sepenuhnya bagaimana ianya diatur dan disusun sehingga menghasilkan adunan yang jitu, yang boleh diterima rakyat.
Semasa PRN-16, telah dibuktikan adunan yang jitu menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sehinggakan rakyat memberi mandat.
Oleh kerana isu perlembagaan Umno atau Barisan Nasional (BN) tidak boleh menyertai gagasan atau gabungan lain, maka menjadi halangan menyertai GRS.
Oleh kerana halangan tersebut, mahu tidak mahu, penjenamaan baharu perlu ada, yang menghubungkaitkan semua parti-parti dalam “GRS” semasa PRN-16 Sabah. Atas sebab itu, dicadangkan nama kerajaan Sabah, dijenamakan pada KERAJAAN GRS-BN SABAH.
Pokok panggalnya, jika kestabilan politik Sabah dikekalkan, maka sangat bergantung pada para pemimpin Sabah sendiri, bebas daripada pengaruh luar. Pemimpin Sabah perlu mengambil pendekatan, tiada siapa yang mampu menjaga rumah sendiri, melainkan pemilik atau penghuni rumah. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment