Saturday, October 16, 2021

PRAKTIKAL KAH TINDAKAN PARTI PAS?


PENULIS terbaca pandangan Timbalan Presiden parti Pas, berkaitan mengekalkan hubungan dengan Umno dan Bersatu, khususnya dalam pilihan raya.

Menurut Timbalan Presiden parti tersebut, bagi kawasan yang ditandangi Umno di mana kawasan tersebut, Umno adalah parti bertahan, maka Pas akan menyokong Umno, demikian juga pada kerusi Bersatu, maka parti itu, akan sokong Bersatu.

Jika Umno masuk kawasan Bersatu, maka Pas menyokong Bersatu, demikian juga sebaliknya.

Bagai mana pula tindakan Umno atau Bersatu pada kawasan yang ditandangi Pas? Apa kah kedua-dua parti tersebut juga menyokong?

Pas akan bertanding di kawasan yang dikuasai parti lawan dan kawasan sendiri, menggunapakai, keputusan PRU-14 lalu.

Bagai mana pula akan berlaku, pada kawasan bukan milik Umno atau Bersatu? Apabila dua parti itu bertembung, apa kah pendirian Pas?

Pendirian Pas, secara teorinya boleh berlaku, tetapi tidak praktikal. Tindakan parti itu, jika berpendirian demikian, hanya mengelirukan pengundi.

Parti Pas berusaha, agar Umno dan Bersatu saling berkerjasama, namun terbentur dengan pendirian Umno yang enggan langsung bekerjasama dengan Bersatu.

Umno dan Pas sebelum ini mempunyai piagam kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN), namun muafakat tersebut telah terkubur, mengingat Pas bersama Bersatu membentuk Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Hubungan Bersatu dan Umno dalam keadaan manis-manis masam, kerana kedua-dua parti itu merupakan parti-parti utama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah Sabah.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri Sabah, Umno dan Bersatu sepasukan, namun, kemungkinan besar saling bertembung antara satu sama lain pada PRU-15 di peringkat parlimen.

Di Sabah suatu masa lalu, berlaku pertembungan antara parti komponen semasa pilihan raya negeri, akan tetapi tidak di peringkat parlimen, iaitu semasa PBS dan USNO merupakankomponen Barisan Nasional.

Jika Umno dan Bersatu saling bertembung, misalnya pada PRN Melaka, akan cara apa dilakukan oleh Perdana Menteri, jika beliau turun berkempen.? Dilema Perdana Menteri kerana terperangkap dalam keluarga “69”, demikian juga akan berlaku pada PRU-15 peringkat parlimen di Sabah, pemimpin Umno Sabah dan Bersatu Sabah akan terperangkap dalam situasi yang sama.

Kerumitan yang bakal dihadapi, jika Umno dan Bersatu saling bertembung, apabila pengundi keliru apa tah lagi jika dihantui kebosanan, sehingga memberi undi pada parti lawan. Jika ini berlaku, maka akan merugikan parti-parti komponen GRS tersebut. Fikir-Fikirkan!!!!.

No comments:

Blog Archive