PENDIRIAN Umno akan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14. Kenyataan-kenyataan mengenainya kerap diulang-ulang oleh Presiden Umno.
Suara lantang Presiden Umno tersebut mengenai kerusi yang dimenangi lebih keras berbanding kawasan-kawasan tradisi parti itu yang terlepas pada parti lain pada PRU-14.
Keinginan Umno mempertahankan kerusi yang dimenangi didorong keyakinan, ada lah mudah menang di kerusi-kerusi tersebut berbanding kawasan-kawasan yang ditawan parti lawan.
Atas sebab keputusan tegas parti itu, maka, ianya melibatkan hampir separuh ahli parlimen parti Bersatu. Di Sabah pula, semua ahli parlimen yang bersama Bersatu, kecuali AP Ranau, adalah mantan AP Umno yang keluar daripada parti tersebut selepas PRU-14.
Walaupun keputusan Umno nampak sangat “bermusuh” dengan Bersatu, tetapi, pada asasnya, hanya berlaku di kawasan-kawasan mantan ahli parlimen parti itu yang menang atas tikit Barisan Nasional, walaupun pada keadaan yang sama, akan juga bertanding di kawasan-kawasan tradisi parti itu seperti parlimen Pagoh atau Semporna.
PRU-15 adalah pertandingan terbuka antara Umno dan Bersatu. Di lain pihak pula, Pakatan Harapan (PH) (PKR-DAP-Amanah) ada lah parti yang ingin juga menjadi parti dominan.
Terserah pada pengundi, pihak mana yang bakal disokong untuk menerajui kerajaan Persekutuan, negeri-negeri di Semenanjung, apa kah BN, PN atau kah PH?. Akan tetapi, perlu diterima hakikat, berasaskan kecenderungan pengundi, keadaan sebelum ini, yang mana ada parti dominan yang membentuk kerajaan, bukan lagi pilihan mereka, melainkan kerjasama rentas parti, seperti mana di lihat pada keputusan PRN-16 Sabah.
Suka atau tidak, para pemimpin parti perlu akur dengan aspirasi rakyat, bukan sebaliknya. Dan jangan pelik, kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU-15, adalah serupa dengan Kerajaan yang memerintah sekarang. Atas sebab itu, semua pihak perlu memberi perhatian pada kerajaan KELUARGA MALAYSIA, berbanding pendekatan lain, demi agama, bangsa dan tanah air.
Kecenderungan pengundi lebih mengarah pada MENANG TIDAK BOLOT SEMUA, YANG KALAH TIDAK HILANG SEMUA. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment