WALAUPUN Sabah dan Sarawak diwakili 57 kawasan parlimen termasuk WP Labuan berbanding 165 di Semenanjung, akan tetapi telah tiba masanya, dilantik seorang Timbalan Perdana Menteri daripada dua wilayah tersebut, sesuai dengan semangat penubuhan Persekutuan Malaysia.
Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang berbaki beberapa hari lagi dan kemudiannya disusuli Hari Malaysia, maka merealisasikan impian rakyat Sabah dan Sarawak, merupakan sari kepada visi Perdana Menteri ke-9, KELUARGA MALAYSIA.
Penulis yakin, bukan sahaja Perdana Menteri menyadari keperluan seorang TPM yang mewakili dua wilayah tersebut dapat memacu kemajuan yang sememangnya tertinggal, akan tetapi juga sebagai petanda, telah wujudnya KELUARGA BESAR MALAYSIA.
Latar belakang Perdana Menteri daripada keluarga susah, sudah tentu sangat memahami, keperluan rakyat Sabah dan Sarawak, walaupun merdeka lebih 50 tahun, akan tetapi masih bergelut dengan kurangnya kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat yang merdeka.
Rakyat dua wilayah tersebut, bukannya tidak cemburu, melihat kemajuan Semenanjung yang hampir menyamai negara-negara metropolitan, namun apakan daya, masih ada pihak yang belum terbuka mata.
Memang, pembuka untuk memberi peranan kepada pemimpin Sabah/Sarawak, dirintis semasa kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin, apabila melantik menteri kanan dan menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, selain melantik pada kementerian-kementerian penting, namun ianya dilihat belum sampai ke puncak, kerana puncak itu, apabila seorang TPM dilantik daripada dua wilayah tersebut, sesuai dengan semangat terwujudnya Persekutuan Malaysia, iaitu perkongsian sama rata antara Sabah-Sarawak-Malaya (kini Semenanjung).
No comments:
Post a Comment