KERAJAAN Sabah memperuntukan RM15juta membeli 10,000 komputer riba (laptop) untuk diberikan kepada pelajar sekolah menengah kurang berkemampuan.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sifat keprIhatinan tersebut.
Menurut Ketua Menteri, laptop yang bakal diagihkan boleh digunakan sehingga memasuki perguruan tinggi. Ertinya laptop tersebut mempunyai kualiti.
Penulis mencadangkan JENAMA ASUS (touch screen), kerana penulis sendiri pernah mengunakan berbagai jenama, hanya jenama ASUS kekal bertahun. Selain itu, tidak meragam, dan sentiasa siap bertugas/berkhidmat kepada tuannya.
Sejak tahun 1979, penulis sudah biasa menggunakan komputer, dan boleh dikatakan semua jenama yang pernah hadir di pasaran, penulis telah pernah guna.
Bagi pelajar, jenama ASUS (touch screen) adalah paling sesuai, selain tahan lasak, juga tidak se mahal mana; dan jika melihat peruntukan yang disediakan, maka menjurus kepada jenama yang dicadangkan. Pertimbangkan...
No comments:
Post a Comment