Sunday, June 06, 2021

KES SPORADIK DALAM KOMUNITI MEMBIMBANGKAN

MUTAKIR ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes-kes kematian COVID-19 terutamanya selepas 1 April 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13].

Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu COVID-19 dan kes kematian COVID-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan. 

Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes (52.0 peratus adalah kes sporadik). 

Pada ME ke-19, jumlah kes baharu COVID-19 pula adalah sebanyak 29,386 kes (77.7 peratus adalah kes sporadik). 

Negara kemudiannya merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada ME ke-21, iaitu sebanyak 53,419 kes di mana 85.1 peratus adalah merupakan kes sporadik. 

Tren kes kes sporadik kekal tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun 2021), dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,040 kes (84.3 peratus adalah kes sporadik).

Graf 1 menunjukkan peningkatan peratusan kes-kes sporadik COVID-19 berbanding kes-kes kluster mengikut ME.

Kumulatif mingguan kes kematian COVID-19

Bagi kumulatif kes kematian COVID-19 pula, didapati ianya semakin meningkat dari minggu ke minggu. 

Kes kematian COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 35 kes (26 kes sporadik), manakala pada ME ke-19 adalah sebanyak 209 kes (187 kes sporadik). 

Jumlah ini melonjak dan pada ME ke-22 iaitu sebanyak 641 kes kematian COVID-19 (559 kes sporadik). 

Graf 2 jelas menunjukkan peningkatan pecahan kes kematian COVID-19 yang merupakan kes-kes sporadik berbanding kes kematian daripada kluster COVID-19. 

Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi, selain penularan COVID-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum.


Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli belah, tempat kerja, dan sebagainya. 

Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. 

Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.

Dakwaan pemimpin tertentu yang kerap menuding jari kepada kerajaan, dengan tagline KERAJAAN GAGAL, kononnya, penyumbang kepada mencanaknya jangkitan covid-19 dalam negara kerana sumbangan kluster-kluster tempat kerja, khususnya kilang-kilang dan tapak pembinaan, jika dirujuk pada data jangkitan, menunjukkan bahawa dakwaan mereka itu tidak tepat, malah mengelirukan.

Kerana kekeliruan tersebut, maka neitzen yang serba pandai, tanpa merujuk fakta terus membidas kebenaran beroperasi kepada hampir 130 ribu syarikat semasa PKP3.0, diiringi dengan andaian, PKP3.0 akan gagal, kerana kebenaran beroperasi diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut.

Sedangkan, hakikatnya covid-19 sudah berada di tengah-tengah komuniti. Kerana situasi demikian, maka setiap rakyat perlu PATUH SOP, supaya virus tidak menemukan indung untuk membiak, sementara menunggu vaksinasi selesai.

No comments:

Blog Archive