Saturday, May 08, 2021

JANGKITAN COVID-19: TINDAKAN PERLU KONSISTEN

SEJAK akhir-akhir ini, tindakan kerajaan semacam hilang arah, kerana keputusan akomodatif atau mungkin juga tunduk daripada berbagai desakan, terutama berkaitan aktiviti ekonomi, sehinggakan menjadi punca kepada jangkitan mencanak covid-19 dalam negara.

Jangkitan dikatakan berpunca daripada kes-kes sporadik, yang mana Kementerian Kesihatan pun tidak pasti sumber jangkitan.

Kerana tindakan kerajaan yang akomodatif yang melibatkan aktivti ekonomi, maka jangkitan covid-19 dalam negara meningkat semula. Kerana meningkat semula, maka perlu dilaksanakan PKP di beberapa negeri.

Seperti biasa, apabila berlaku bencana, akibat keputusan yang akomodatif atau berasaskan atas desakan, maka kerajaan dipersalahkan, malah termasuk juga yang membuat desakan menyalahkan kerajaan.

Ada lah TIDAK adil secara keseluruhan menyalahkan kerajaan, kerana jangkitan covid-19 meningkat semula, kerana pertimbangan kerajaan membenarkan aktiviti-aktiviti ekonomi, semata-mata untuk menseimbangkan antara penjagaan kesihatan dan ekonomi. Malangnya, kebenaran tersebut, diambil mudah oleh rakyat, dengan kurang mempraktikan SOP yang ditetapkan.

Jelas, jangkitan hanya disebabkan oleh tidak mematuhi SOP, seperti penjarakan, mengelak ruang tertutup, jangan berkumpul dan sebagainya.

Melihat pada kluster-kluster yang terwujud sejak proklamasi darurat, menunjukkan, bahawa penyebab jangkitan kerana tidak mematuhi SOP.

Tiada kerajaan yang mampu melawan bencana seperti COVID-19, jika rakyat TIDAK memberi kerjasama, TERMASUKLAH, para pemimpin politik yang saban hari memberi kritikan, memberi berbagai hujah dan dakwaan terhadap tindakan kerajaan, sehinggakan, sebagai MANUSIA, para pemimpin kerajaan tidak terlepas daripada pengaruh luaran. Apabila terpengaruh, dan membuat keputusan, sesuai, kononnya "suara ramai", dan kemudiannya menimbulkan bencana, mereka di luar kerajaan ini CUCI TANGAN, dan balik mengecam kerajaan.

Sebab itu, sebuah kerajaan, daripada mula lagi, PERLU PEKAK, daripada semua pangaruh luaran, SUPAYA tindakan SENTIASA KONSISTEN!!!!.

1 comment:

Windy Arisca said...

Yuk Gabung Dengan Ku Bermain Game yang menghasilkan uang Asli Untuk penghasilan Sampingan
Selama Pandemi ini, Dengan Modal hp sudah bisa mengakses nya dengan mudah dan bermain nya !!
DAFTAR SEKARANG DAN DAPATKAN BERBAGAI BONUS YANG TERSEDIA DI GIAT BOLA !!
INFO LEBIH LANJUT, HUBUNGI KAMI DI : WA : +855-96-827-2071 | LAYANAN LIVECHAT 24 JAM ONLINE
Dan Kalian Bisa Bermain Referal,Yaitu Mengajak Teman Atau kerabat kalian bergabung Dan bermain bisa mendapatkan
Bonus nya 2.5% Selama nya !! DI (G I A T B E T . C O M)

Blog Archive