PARTI BERSATU SABAH (PBS) ditubuhkan menjelang PRN Sabah tahun 1985. Mungkin kerana perkataan BERSATU, maka pengundi Sabah semasa PRN itu bersatu mengundi parti itu, dan berhasil menumbangkan kerajaan Parti Berjaya.
Selepas itu, berbagai helah pemimpin lawan cuba mendobrak benteng BERSATU. Selepas dikaji, tiada cara mengalahkan parti yang menggunapakai perkataan BERSATU, kecuali menerusi perpecahan dalaman.
Tahun 1989, ditubuhkan parti serpihan oleh pemimpin parti itu sendiri, namun pada PRN tahun 1990, belum berhasil. Menjelang PRN tahun 1994, ditubuhkan lagi parti serpihan oleh pemimpin parti, dan hanya mampu mengurangkan kerusi, akan tetapi parti asal masih dapat membentuk kerajaan.
Oleh kerana rekahan sudah kelihatan, maka dua ADUN parti itu lompat parti ke pihak lawan, dan seterusnya bagi tujuan knock out, timbalan presiden dan setiausaha agung parti, masing-masing menubuhkan parti sendiri. Walaupun parti asal, telah berpecah 5, akan tetapi pada PRN berikutnya, parti yang disangka sudah knock out, masih menang 17 kerusi.
Kerana perkataan BERSATU, parti yang cuba dihapuskan, tidak pernah berhasil, sehingga kini, malah masih dianggap sebagai sebuah parti yang masih ada potensi mendapat sokongan rakyat.
Pengalaman PBS, sebenarnya sudah dilalui parti Umno, bezanya Umno pernah dibatalkan pendaftarannya, dan sekali kehilangan kuasa, manakala PBS, dua kali.
Mungkin atas nama BERSATU, maka PBS tidak dapat ditamatkan riwayatnya, mungkin atas alasan itu, PPBM menggunapakai panggilan BERSATU. Tun Dr Mahathir, pada 5 Julai di Johor Baharu menyeru kaum melayu supaya BERSATU dalam PPBM, jika tidak mampu, maka sia-sia parti itu dipanggil sebagai PARTI BERSATU.
Dalam senario sekarang, mungkin sebahagian ahli parti kaum melayu atau sebahagian kaum melayu atau sebahagian pemimpin melayu menyahut gesaan Perdana Menteri itu. Untuk mengetahui apa kah kaum melayu menyokong BERSATU, dapat dilihat pada jumlah keahlian. Jika Umno masih mempertahankan 3juta keahlian dan PAS 818ribu, maka dua parti itu masih menduduki parti terbesar dan kedua terbesar parti melayu.
Jumlah keahlian tidak menjamin kemenangan. Parti mana yang mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya, parti itu lah yang mendapat gelaran parti terbesar.
Hakikatnya, jika dilihat pada keputusan PRU-14, parti terbesar adalah UMNO, diikuti PKR, DAP, PAS, PBB, BERSATU dan Amanah. Manakala di Sabah, urutan kekuatan parti adalah- Warisan-UMNO-DAP-PBS-UPKO- PKR-PBRS-STAR, selepas berlakunya penghijraan, urutan masih kekal, meskipun komposisi kerusi telah berubah, dan STAR mengambil tempat PBRS. PBRS kekal tercorot.
Pada PRU-15, jika trend pengundi melayu di Semenanjung seperti pada PRU-14, maka Umno dan PAS, akan mendapat 75% undi kaum melayu. Jika trend itu berubah, katakan menurun, maka jumlah kerusi dua parti itu akan berkurangan, namun jika bertambah, maka jumlah kerusi juga akan bertambah.
Dalam politik, indikator kekuatan sesebuah parti adalah daripada segi jumlah ahli, kerana ahli yang ramai adalah jentera parti paling ampuh menembusi akar umbi, khususnya semasa pilihan raya. Namun, jumlah ahli tidak selamanya boleh membantu kemenangan, kerana faktor semasa atau isu semasa, yang mana ahli ada yang terhasut, sehingga berpaling tadah atau menyokong pihak lawan, di mana keadaan sokong membawa rebah berlaku.
Pengalaman Parti Bn semasa PRU-14, kerana ada ahli yang berpaling tadah, menyebabkan kawasan-kawasan tradisi, kalah kepada parti lawan.
Selepas PRU-14, senario politik sudah berubah. Perubahan senario ini, akan diuji pada PRU-15, sejauh mana sambutan pengundi terhadap perubahan ini.
Pengalaman PBS berbeza dengan senario sekarang, kerana parti yang mengambil kuasa daripada parti itu, gradually kepopularanya meningkat, sehingga dapat menerajui kerajaan Sabah selama 24 tahun, meskipun kepopularan itu mula menurun lima tahun sebelum kehilangan kuasa. Manakala, kerajaan yang mengambil alih daripada Bn, meskipun jumlah kerusi di parlimen cukup mantap, walaupun tiada kuasa 2/3, akan tetapi, menurut tracker perilaku rakyat, kepopularan kerajaan dan pemimpinnya semakin menurun.
Memang masih awal, untuk melihat sokongan rakyat, kerana asas kepada tidak popularnya kerajaan kerana isu manifesto yang belum ditunaikan, isu sara hidup yang belum dapat di atasi. Mungkin, menjelang genap sepenggal, kerajaan mengatasi semua isu yang menyelubungi rakyat, dan jika itu berlaku, maka sokongan akan pickup semula.
Jika melihat sejarah politik dunia, jarang sekali, adanya kerajaan sepenggal, melainkan berterusan sekurang-kurangnya dua penggal.
Di pihak kerajaan sedaya upaya mempertahankan kerajaan, namun parti lawan juga mempunyai strategi untuk menjadikan kerajaan hari ini, hanya kerajaan sepenggal. Di Sabah, fenomena boleh menyebabkan kerajaan sepenggal, terselamat, apabila, PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah. Kombinasi antara PPBM dan Warisan boleh menghalang parti-parti lain menawan kawasan majoriti bumiputera, namun sebaliknya berlaku di Semenanjung, kombinasi antara Umno dan Pas menjadi penghalang utama PH menang di kawasan majoriti kaum melayu.
Kekuatan PH di Semenanjung untuk mendapat sokongan kaum melayu, sangat bergantung kepada Tun Dr Mahathir. PM ke-7 itu telah buktikan, sokongan 25% kaum melayu telah membawa hasil pada PRU-14. Kerana berlakunya kombinasi antara Umno dan Pas, maka PH perlu paling kurang 30% sokongan kaum melayu di Semenanjung untuk mempertahankan kemenangan PRU-14.
Pada PRU-15, jika Tun Dr Mahathir masih mengetuai pilihan raya, maka kemungkinan sokongan 30% kaum melayu terhadap PH di Semenanjung boleh dicapai, namun jika sebaliknya, maka ianya menjadi tanya besar.
Nampak gayanya, Sabah masih kekal sebagai faktor penentu, apa kah PH akan terus menerajui kerajaan selepas PRU-15, kerana melihat senario politik Sabah, daripada 25 kawasan parlimen, kombinasi antara Warisan dan PH dan dibantu UPKO, boleh mengikuti pencapaian Bn sebelum PRU-14.
Melihat kepada senario itu, adalah tepat gesaan Pengarah Strategik dan Pilihan Raya PPBM Sabah- Datuk Lajim Ukin, agar para pemimpin Bersatu Sabah dibenarkan bertanding merebut jawatan Majlis Kerja Tertinggi parti, pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.
PPBM perlu menempatkan beberapa pemimpin Sabah dalam MKT, dan pemimpin yang boleh diketengahkan antaranya Datuk Hajiji Haji Noor, Datuk Masidi Manjun, Datuk Ronald Kiandee, Datuk Azizah Dun Banir, Datuk Arifin Arif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk Japlin Akim dan Datuk Zakaria Idris serta Datuk Lajim Ukin.
No comments:
Post a Comment