Friday, April 05, 2019

PPBM BUKAN SEBAHAGIAN KERAJAAN SABAH?

Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah, adalah kerajaan kerjasama antara PWS-PKR-DAP, dan UPKO tidak termasuk PPBM dan Amanah.

Pendirian PPBM hanya menyokong kerajaan yang diterajui Warisan, dan sebagai balasan kepada parti itu kepada sokongan kepada PH, sehingga dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, maka melantik 3 Wakil Rakyat daripada parti itu ke jawatan Menteri Penuh dan 2 sebagai Timbalan Menteri peringkat Persekutuan.

Kerjasama antara PH, parti-parti di dalamnya dengan PWS merupakan kerjasama yang unik, yang belum pernah berlaku lagi di Malaysia sebelum ini.

Sebenarnya kerjasama antara parti yang berlainan ideologi ini dirintis oleh BN Sabah dan STAR selepas PRU-14 lalu, walaupun kerjasama itu hanya dapat bertahan kurang 48 jam.

Menerusi pendirian PPBM itu, maka jelas, kemasukkan PPBM ke Sabah tiada maksud menyertai kerajaan Negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah, kerana sifatnya hanya menyokong.

Jika ada dakwaan kononnya penyertaan mantan-mantan wakil rakyat Umno Sabah ke dalam PPBM, untuk mendapatkan jawatan di peringkat negeri, sebenarnya dakawaan itu hanya persepsi, kerana daripada awal-awal lagi PPBM tiada bentuk kerjasama dengan Parti Warisan seperti mana antara parti itu dengan DAP dan PKR.

Kedudukan PPBM hanya menyokong Parti Warisan Sabah, termasuklah pada PRU-14 lalu.

PPBM Sabah lebih bersifat Persekutuan, berbanding negeri, tetapi agak longgar sifatnya, berbanding hubungan antara Parti Usno dan PBS atau Berjaya dan Usno, yang mana suatu masa lalu, parti-parti itu berlawanan di peringkat negeri, akan tetapi sepasukan di peringkat Persekutuan.

Kehadiran PPBM Sabah, akan bertambah unik lagi senario politik Sabah, kerana jelas sekali, pendirian PPBM selain menyokong Kerajaan PWS akan tetapi, mana-mana pihak yang cuba menjatuhkannya tidak akan mendapat tempat dalam parti itu.

Berasaskan kepada pendirian PPBM ini, maka membuka ruang dan peluang kepada Umno Sabah, bahawa musuh utama parti itu selain Parti Warisan Sabah juga PPBM.

Berasaskan kepada senario ini, jika ada yang mengatakan bahawa kehadiran PPBM akan mengurangkan sokongan terhadap Warisan atau bahasa kasarnya mengancam Warisan adalah tidak tepat, sebaliknya kehadiran PPBM bersama-sama Warisan akan mengancam Umno.

Apa yang pasti, menerusi perkembangan terbaharu ini, PPBM Sabah mempunyai 9 ADUN di Dun Sabah, manakala di Dewan rakyat diwakili 4 MP, di Dewan Negara, 2 senator.

Oleh kerana ADUN PPBM di Dun Sabah, bukan sebahagian daripada Kerajaan Sabah, maka tidak pasti, apa kah mereka ini juga bakal mendapat peruntukan ADUN?, tetapi mereka yang berkedudukan MP adalah pasti mendapat peruntukan parlimen seperti mana ahli parlimen PH yang lain..

Apa yang menjadi tanda tanya, dengan kehadiran PPBM di Sabah, khususnya berhadapan dengan PRU-15, ada lah dari segi pembahagian kerusi. Mungkin pada PRU-15 nanti akan berlaku kerjasama seperti mana PRU-14 lalu, untuk tidak bertembung antara satu sama lain, maka pembahagian kerusi, akan berdasarkan jumlah kerusi yang dimiliki masing-masing. Jika demikian kejadiannya, maka pada PRU-15 akan berulang, di kawasan bumiputera islam akan berlaku pertembungan antara Umno dengan PWS/PPBM/PKR, dan antara GBS berlawan dengan UPKO/PKR/DAP.

Nampaknya PRU-15 semakin meriah... TIDAK SABAR MENUNGGU PRU-15.

No comments:

Blog Archive