Sunday, April 07, 2019

KEMASUKKAN PPBM KE SABAH: KERAJAAN WARISAN DISOKONGPUN MASIH TAK SUDI

SESIAPAPUN pasti membuat andaian, ketidak hadiran pemimpin Parti Warisan Sabah ke majlis pelancaran, PPBM Sabah, menunjukkan bahawa kepimpinan parti itu walaupun disokong masih tidak sudi, kerana tidak menghormati jemputan penganjur khususnya kepada Presiden parti itu-Datuk Shafie Apdal, malah kerusi untuk beliau disediakan.

Tun Dr Mahathir semasa pelancaran itu memang menyatakan, bahawa Parti Warisan bukan anggota PH, namun pakatan itu menyokong parti itu memerintah Sabah, malah 5 wakil rakyat parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri persekutuan.

Kehadiran PPBM di Sabah bukan pun meminta apa-apa jawatan, kerana menurut Pengerusi PPBM itu, bahawa parti itu tidak boleh menyuruh atau meminta pihak lain berbuat sesuatu semata-mata untuk memberi tempat kepada para wakil rakyat parti itu.

Tujuan PPBM mengembangkan sayap ke Sabah semata-mata untuk memperkuat kerajaan negeri dan seterusnya kerajaan Persekutuan, kerana kerajaan yang kuat perlu mendapat sokongan semua pihak.

Kehadiran PPBM ke Sabah, menjadikan parti itu ke-2 terbesar selepas Parti Warisan Sabah. 

Kengganan kepimpinan Parti Warisan menerima niat baik PPBM seolah-olah tidak dihargai, dan menerusi tindakan itu, maka rakyat akan melihat, bahawa sokongan PPBM kepada kerajaan yang diterajui parti itu, seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Penulis, tidak dapat membaca, mengapa para pemimpin Parti Warisan, tidak sanggup menyambut huluran tangan para pemimpin PPBM? Apa kah kerana mereka itu takut, akan berlaku lompat parti, sehinggakan mereka kehilangan kerajaan? Jika itu perasaan mereka, maka mereka sebenarnya masih dibayangi, ketika mereka menubuhkan kerajaan, kerana tindakan yang serupa.

Melihat komposisi ADUN Sabah sekarang, Warisan-31, PPBM-9, DAP-6, PBS-5, UPKO-4, PKR-2, STAR-2 dan Umno-1, sedikit sekali kebarangkalian berlakunya lompat parti. Kalaupun berulang kemungkin lompat parti, maka mereka yang bukan sepasukan dengan Warisan, DAP dan PKR yang akan berbuat demikian, namun Warisan, DAP dan PKR masih akan terus menjadi kerajaan, kerana dibantu oleh 6 ADUN lantikan.

Sepatutnya, kerajaan Warisan pimpinan Shafie, jangan takut pada bayang-bayang, sebaliknya perlu menyambut huluran tangan para pemimpin PPBM Sabah, untuk membangun dan memajukan Sabah.

Tugas utama kerajaan, adalah memajukan seluruh kawasan negeri, samada kawasan itu, bukan diwakili oleh parti itu. The Government of the day-must take all.

No comments:

Blog Archive