Thursday, February 28, 2019

PRK SEMENYIH PENENTU KEDUDUKAN TUN DR MAHATHIR?

PENULIS tidak begitu faham mesej tulisan ini (menurut RPK-tulisan tangan Dato Seri Wan Azizah Ismail). Apa kah angka-angka pada tulisan ini merujuk kepada undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir pada sesi Parlimen akan datang?

Undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir yang dikatakan digerakan oleh kumpulan Dato Seri Anwar Ibrahim bukan rahsia lagi, malah Presiden PKR itu dikatakan sedang menghitung hari sambil memastikan bahawa beliau mempunyai "numbers". Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 112 MP untuk memaksa PM-7 melepaskan jawatan.

Berbagai andaian, mengapa Anwar tidak sabar-sabar menunggu tempoh 2 tahun seperti mana dipersetujui pemimpin PH, kerana dikatakan ada gerakan menghalang Presiden PKR itu menjadi PM-8 negara, termasuk modus operandi yang digunakan pada tahun 1998, apabila  beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Untuk masa ini, di atas kertas Tun Dr Mahathir disokong 135 MP termasuk 22 daripada parti beliau PPBM. 

Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal yang sebelum ini dikatakan "parti adik beradik" PPBM, tidak lagi mempunyai 'status itu" sebagai impak kemarahan para pemimpin parti itu kerana tindakan Tun Dr Mahathir melebarkan sayap ke Sabah.

Berasaskan rekod di atas kertas, Tun Dr Mahathir memerlukan sekurang-kurangnya 3MP bertindak berpaling tadah daripada MP PKR atau Warisan untuk menghalang berjayanya "undi tidak percaya" terhadap beliau, dengan andaian tiada MP daripada GPS, PAS atau Bn atau GBS (Sabah) termasuk bebas menyokong undi tidak percaya itu.

Berasaskan senario yang tidak menentu sekarang, keputusan PRK Semenyih bakal menentukan apa yang akan berlaku pada sesi Parlimen akan datang. Jika calon PH daripada PPBM kalah, maka menjadi faktor pelancar kepada undi tidak percaya.

No comments:

Blog Archive