Saturday, January 05, 2019

PRK PARLIMEN CAMERON HIGHLAND-APA KAH BAKAL 5-0 ???

EMPAT PRK selepas PRU-14, semuanya dimenangi Pakatan Harapan. Tiga PRK disebabkan kematian, PRK Port Dickson dikosongkan, manakala PRK Cameron Highland, kerana distiharkan kosong oleh SPR.

Pada PRU-14, P087 Cameron Highland kekal MILIK Bn apabila menang dengan majoriti undi 587, apabila Sivaraajah (Bn) mendapat undi 10,307 berbanding Manogaran (DAP) 9,710, calon ketiga daripada Pas dengan undi 3,587, manakala dua calon lain masing-masing kurang daripada 1,000 undi.

Penamaan calon dijadualkan pada 12 Januari, dan jika ada pertandingan undi awal pada 22 jan, manakala pengundian proper pada 26 januari. Kawasan itu mempunyai 32,009 pengundi berdaftar.

Pada Jumaat dalam sidang media Pakatan Harapan, sambil memperkenalkan calon mereka, yang mengekalkan calon mereka pada PRU-14 (Manogaran), yakin akan merampas kawasan itu daripada Bn/MIC.

4 PRK lalu, semuanya membabitkan kawasan PH yang dimenangi pada PRU-14. Apa kah PRK kali juga akan dimenangi PH, untuk melengkapkan kemenangan 5-0!!!

Dengan mengambil kira majoriti yang dimenangi calon Bn pada PRU-14, sedangkan semasa memasuki PRU itu, Bn adalah kerajaan, kini bukan lagi, hanya di peringkat negeri. Parlimen Cameron Highland terletak di Negeri Pahang. Pahang bersama Perlis, masih diperintah Bn selepas PRU-14.

Jika Parlimen P087 bakal ditawan PH, ianya satu indikasi, bahawa Bn menuju kemalapan.

No comments:

Blog Archive