Saturday, November 10, 2018

DISEBALIK DANA PARTI POLTIK

Tiada yang dapat menafikan bahawa dana adalah satu faktor yang dapat menjamin perjalanan sesebuah parti politik.

Parti politik mendapat dana daripada berbagai sumber, samada sumbangan individu atau syarikat-syarikat.

Sabah sebelum merdeka, parti politik berkait rapat dengan syarikat-syarikat balak, misalnya UNKO kemudian jadi UPKO, Momogon, dan Usno.

Selepas Sabah merdeka pada tahun 1963, Usno yang menjadi teraju kerajaan Negeri sehingga tahun 1976, sangat sinonim dengan syarikat-syarikat balak di Sabah.

Selepas Usno tumbang pada tahun 1976, Parti Berjaya, juga bertahan selama 9 tahun kena sumbangan dana daripada syarikat-syarikat balak. Demikian juga parti PBS selepas itu, dapat bertahan sehingga kini kerana sumbangan syarikat-syarikat yang berkaitan balak. 

Pendek kata, parti politik tidak boleh bertahan tanpa sumbangan dana daripada syarikat-syarikat besar. Di Sabah, biasanya syarikat-syarikat itu berkaitan balak.

Mengapa syarikat-syarikat balak menyumbang kepada parti politik? Sebabnya, parti politik adalah yang membentuk kerajaan. Apabila kerajaan yang dibentuk yang diterajui sesebuah politik yang kuat dan stabil, maka perniagaan syarikat-syarikat itu merasa selamat dan terjamin.

Cara syarikat-syarikat memberi sumbangan biasanya menerusi akaun amanah sesebuah parti, bukannya langsung kepada akaun parti itu. Tujuan syarikat itu, mungkin untuk mengelak dituduh sebagai sebahagian daripada parti yang diberi sumbangan.

Perjalanan sesebuah parti politik, sangat bergantung kepada pemimpin utama parti, misalnya Presiden parti atau Pengerusi Perhubungan seperti mana yang diamalkan Parti Umno Sabah.

Umno Sabah merupakan sebuah parti terbesar Sabah sejak tahun 1991, malah pada tahun 2017 mempunyai ahli seramai lebih 500 ribu yang tersebar di 25 Kawasan Parlimen, dan 60 kawasan Dun.

Sebuah politik yang begitu besar dengan keahlian yang ramai, apa tah lagi tersebar di seluruh negeri, maka, untuk menjamin kelancaran perajalanan parti sudah tentu memerlukan dana besar.

Kawasan Sabah yang cukup luas, termasuk pulau-pulau, dengan keadaan jalan raya yang masih sangat kurang, logistik perhubungan yang kurang, sesebuah parti yang perlu mendapat sokongan ramai, sudah tentu memerlukan dana. 

Dalam menghadapi sesebuah pilihan raya, sesebuah parti memerlukan sekurang-kurangnya RM12juta, sementara pengurusan bulanan untuk pejabat sahaja tidak kurang RM3juta setahun. Dalam kos ini tidak termasuk perjalanan para pemimpin selama 5 tahun, kos-kos perjumpaan yang boleh mencecah tidak kurang RM200juta dalam tempoh itu.

Makna kata, sesebuah parti politik di Sabah yang mampu menjangkau seluruh cerok termasuk pedalaman dan pulau-pulau sekurang-kurangnya mempunyai dana tidak kurang RM200juta.

Penulis yakin, berasaskan determinasi Parti Warisan Sabah yang ditubuhkan tahun 2016 juga mempunyai dana yang besar, kerana para pemimpin parti itu dapat menjelajah di seluruh pelosok Sabah, termasuk kawasan-kawasan kepulauan di Semporna, Kudat dan kawasan-kawasan pedalaman seperti Pensiangan.

Adalah mustahil bagi sesebuah parti politik dapat menjelajah, tanpa dana yang besar. Penulis difahamkan, satu jelajah parti setidak-tidaknya memerlukan dana antara RM300-500 ribu.

Umno Sabah pada tahun 2009, menjadi sorotan khususya oleh pihak SPRM dan ICAC (Independent Commission Against Corruption) Hong Kong  apabila ada pemimpin Umno Sabah sendiri bertindak sebagai gunting dalam lipatan yang mempergunakan pemimpin PKR untuk menabur fitnah, kononnya seorang yang bernama Michael Chia telah ditangkap di Lapangan Terbang Hong Hong, sedangkan pada hakikatnya, tiadapun yang ditangkap.

Pemimpin PKR yang dipergunakan oleh pemimpin Umno Sabah itu membuat laporan kepada ICAC Hong Kong, kononnya, Michael Chia mempergunakan Hong Kong untuk membayar rasuah kepada Datuk Seri Musa Aman ( kini tan sri).

Ekoran laporan  itu, maka badan pencegah rasuah Hong Kong ICAC (Independent Commission Against Corruption) menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan SPRM negara, selepas berbulan-bulan menyiasat termasuk menyemak akaun Umno Sabah di Bank Islam Kota Kinabalu, akhirnya ICAC dan SPRM mengesahkan bahawa wang yang dikaitkan dengan Musa adalah sumbangan kepada parti, bukannya secara peribadi.

Jumlah sumbangan sebanyak USD63juta telah berakhir pada akaun Umno Sabah di Bank Islam Kota Kinabalu. Berasaskan kepada temuan ICAC dan SPRM itu, maka Dato Nzari Aziz bagi pihak SPRM telah memberi tahu Dewan Rakyat pada tahun 2012, bahawa Musa bebas daripada sebarang rasuah.

Sebenarnya, sebarang dana sumbangan kepada Umno Sabah diketahui oleh para exco parti, termasuklah Musa.

Namun kini, terdapatnya perubahan pendekatan sejak perubahan Kerajaan Persekutuan, apabila dana sumbangan kepada parti dikategorikan sebagai rasuah. Menerusi pendekatan baharu ini, penulis yakin tiada satu parti pun yang terdaftar di negara ini akan dapat lari daripada siasatan, kerana hakikat perlu diterima, dana sesebuah parti  pasti menerusi sumbangan, kerana parti bukan lah sebuah entiti perniagaan.

Sejauh mana tindakan SPRM selanjutnya, sama-sama kita tunggu, namun penulis berharap, jika siasatan dilakukan terhadap sebarangan sumbangan kepada parti-parti politik, maka ianya perlu menyeluruh, tidak berbangkit pilih bulu.

Penulis tertarik dengan kenyataan Pemangaku Presiden LDP Sabah- Datuk Chin Shu Phin,  bahawa dana yang diterima parti itu sebesar RM3.5juta pada tahun 2013, hilang dalam akaun parti itu. Walaupun jumlah ini, tidak lah besar sangat, namun berbaloi untuk disiasat.

No comments:

Blog Archive