Monday, October 01, 2018

2000 AHLI UMNO TAWAU MASUK WARISAN???

Beruntung betul 2,000 ahli Umno Tawau daripada 31 cawangan masuk beramai-ramai ke dalam Parti Warisan Sabah hujung minggu lalu. Kenapa beruntung? sebabnya mereka itu makan kiri kanan seperti gergaji dua mata. Yang dirugikan bukan sahaja Umno Tawau, akan tetapi Warisan Tawau.

Untuk meleraikan keadaan, jika benarlah 2,000 ahli Umno keluar daripada parti kemudiannynya masuk Warisan, maka adalah tanggungjawab parti itu mempamerkan atau mendedahkan mereka-mereka itu, supaya mereka ini, perlu setia atau penyokong satu parti sahaja, dalam hal ini Warisan.

Umno Tawau tidak dapat mendedahkan siapa-siapa mereka itu, kerana setakat ini hanya 200 ahli tidak aktif dan berapa mantan-mantan pemimpin cawangan dan Bahagian telah keluar daripada parti selepas PRU-14.

Sudah tiba masanya, parti yang menerima keahlian daripada parti-parti lain mendedahkan siapa-siapa mereka, untuk mengelak keahlian kembar, selain itu, mengelak ahli-ahli yang tidak jujur, tergolong ahli gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.

Umno Tawau tidak terpancing dengan gimik parti Warisan Sabah menerusi dakwaan berkaitan 2,000 ahlinya telah keluar, kerana cara mereka itu, hanya mahu mengwujudkan persepsi, bahawa parti mereka mendapat sokongan. Walau bagaimanapun, jika benar-benar betul, bahawa 2,000 itu adalah ahli Umno Tawau, maka Parti Warisan Tawau dicabar mendedahkan senarai nama mereka, supaya Umno Tawau dapat menjalankan pemutihan keahlian.

Umno Tawau dalam rekod keahlian berjumlah 21 ribu yang berdaftar sebagai pengundi tersebar di 3 Dun, iaitu Sri Tanjong, Apas dan Balung.

Pada PRU-14, calon-calon Bn bagi Parlimen Tawau mendapat undi 16,673, manakala bagi Dun Sri Tanjong 4,290, Balung 4,887 dan Apas 7,243; jika dicampur keseluruhannya maka berjumlah 16,420.

Melihat kepada jumlah undi calon-calon Bn secara keseluruhan, baik Parlimen mahupun 3 Dun ternyata, tidak kurang 4 ribu ahli Umno telah berpaling tadah. Jika benar bahawa 2,000 ahli Umno masuk Warisan, maka kemungkinan mereka itu termasuk dalam 4,000 yang menolak calon-calon Bn pada PRU-14. Jika itulah hakikatnya, maka Umno dengan sendiri terbersih daripada ahli -ahli sokong membawa rebah. Namun demikian, Umno Tawau tidak dapat mengesan mereka ini, kerana setakat ini, tidak lebih daripada 300 orang telah keluar daripada parti secara rasmi.

Umno Tawau menghormati hak setiap pengundi, dan tidak menghalang parti pilihan mereka, namun, demi keadilan pada parti yang disertai, maka perlu lah berterus terang. Jika benar mereka ahli parti, jika ingin keluar, maka hantar lah surat rasmi.

Penulis ingin mengingatkan Parti Warisan, mengwar-warkan jumlah ahli Umno menyertai mereka, tidak akan memberi apa-apa impak kepada keutuhan Umno Tawau yang diterajui Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Timbalan beliau Haji Naim Ahmat, jika parti itu tidak dapat membuktikan kesahiannya.

Sebenarnya, di Sabah senario keluar masuk daripada parti lain ke parti lain, merupakan fenomina biasa, malah mereka yang suka pindah randah itu mempunyai keahlian parti yang berganda. Tujuan keahlian berganda ini, supaya dapat makan kiri kanan, seperti gergaji 2 mata.

Sudah tiba masanya, setiap parti perlu menghibahkan atau mendedahkan keahlian masing-masing supaya tidak terperangkap dengan keahlian berganda yang hanya bersifat sokong membawa rebah, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam, malah ada yang bertindak sebagai tali barut.

No comments:

Blog Archive