Saturday, July 18, 2015

Ops Selamat Jalan Raya- Tapi Tidak Selamat

1. Pulang  beraya daripada kampong, terdengar berita RTM melalui corong radio FM, sejak seminggu Ops Selamat Hari Raya, sebanyak lebih 22 ribu kemalangan telah berlaku membabitkan 155 kematian.

2. Berhari raya seharusnya merayakan hari kemenangan melawan nafsu, namun tidak mampu mengekang emosi di jalan raya.

3. Kemalangan memang tidak berbau, namun ianya boleh dihindari, jika pengguna jalan raya mengamalkan toleransi dan berhemah.

4. Apa yang berlaku, menurut pemeratihan penulis adalah, sikap pengguna jalan raya yang tidak sabar, kurang timbang rasa, selain menunjuk kejagoan pemanduan.

5.Tabiat memotong pada kawasan yang tidak sepatutnya memotong menyebabkan penyumbang kepada kemalangan jalan raya, selain indikasi halangan jalan raya yang dilakukan pihak polis, yang tidak meletakan amaran awal. Seharusnya ada pemberitahuan, bahawa dalam jarak tertentu, ada pemeriksaan pihak polis, agar supaya pemandu yang tidak sabar memperlahan kelajuan. Cuba bayangkan kelajuan antara 90-110km sejam, secara tiba-tiba diperlahankan, kerana ternampak sekatan jalan raya, 

6. Dalam perjalan balik kampong, penulis memerhatikan ramai pemandu tanpa mengira jenis kenderaan memecut laju, seolah-olah jalan raya milik peribadi mereka. 

7. Tabiat tidak memberi peluang kepada pemandu lain memasuki lorong, penulis lihat salah satu penyebab kemalangan.

8. Hari Raya sepatutnya dirayakan untuk bergembira, namun bertukar hari sedih kepada mereka yang terlibat kemalangan.

4 comments:

Anonymous said...

Kata KPN..PDRM akan menggerakkan 120 ribu anggota sepanjang musim perayaan ini..lebuhraya plus dari johor bahru ke Perlis lebih kurang 600 ++kilometer.Kalau ditempatkan 2 orang anggota setiap kilometer..baru berapa jumlahnya. Ini seramai 120,000 anggota...tapi sepanjang 2 hari ini..nak tenguk anggota polis beruniform bertugas di jalan raya..rasanya amat susah...persoalannya kemanakah perginya 120,000 itu...heran bin ajaib juga ya...Bolih kah pihak PDRM beri sedikit Pencerahan..mana ghaibnya anggota seramai itu...JGN SETAKAT PANDAI CAKAP AJE.

Anonymous said...

Anon 2355..ko ingat polis hanya jaga jalan plus je ke? Jalan2 yg lain xperlu jaga?

Anonymous said...

Hahaahahaah maaf tergelak. Jawapan hang rengkas, tepat dan padat. Hahaahahaah. Selamat Hari raya

Anonymous said...

Jalanraya x selamat sebab segelintir penggunanya branggapan jalan/ lebuhraya bapa dia punya. Ikut dekat, kelipkn lampu kod kereta depan, bawa nak laju. Apakh kita perlu laju hanya kerana yg belakang nak bawa laju? Apa haknya nak halau kereta2 lain di fast lane hanya kerana dia nak bawa laju. Sebab itu akan sentiasa ada kemalangannyg x perlu sebab penyangak2 trsebut. Mereka itu kurang ajar.

Blog Archive