1. Dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu (hari ini) 1MDB mengakui bahawa salah satu sebab kegagalan syarikat itu menerbitkan IPO Edra Energy adalah kerana laporan negatif berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.
2. Atas kegagalan tersebut, syarikat yang mempunyai masalah aliran tunai tersebut terpaksa menjalankan rancangan rasionalisasi yang bermula pada Januari lalu.
3. Antara pelan awal rasionalisasi tersebut adalah pembinaam 17 ekar tanah TRX oleh satu syarikat Australia yang bermula pada Mac.
4. Selain itu, syarikat itu mengikat kerjasama dengan IPIC (Aabar) syarikat Abu Dhabi bagi mengurangkan hutang syarikat tersebut sejumlah RM16bilion.
5. 1MDB yang mempunyai hutang terakru berjumlah RM41.8bilion dikatakan mempunyai aset bernilai RM52bilion.
6. Syarikat Kementerian kewangan tersebut kini telah melantik penilai hartanah bebas CH William, Talhar dan Wong bagi menyediakan maklumat bagi hartanah syarikat itu, agar supaya harta-harta yang dimiliki boleh menjana kewangan yang mapan secara jangka panjang.
7. 1MDB kini sedang disiasat oleh Ketua Audit Negara, PAC Parlimen dan Petugas Khas yang terdiri daripada Bank Negara, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanhaya Pencegah Rasuah Malaysia.
8. Berbagai dakwaan ditimbulkan terhadap 1MDB termasuk menghubungkannya dengan Perdana Menteri. Sarawak reports dengan dibantu oleh pemimpin pembangkang serta portal pembangkang dalam negara secara terus menerus membuat berbagai dakwaan, dan yang terbaru adalah laporan The Wall Street Journal yang mendakwa Perdana Menteri menerima RM2.6bilion melalui akaun peribadi, dan wang tersebut dikatakan bersumber daripada 1MDB.
9. Pada masa ini, gambaran buruk berkaitan 1MDB yang dibuat oleh Sarawak reports semakin terdedah, apabila bekas pengarah PetroSaudi Xavier Andre Justo mengaku telah menjual dokumen yang dia curi daripada bekas majikannya, dan menyebut mereka yang membeli dokumen tersebut termasuk beberapa individu rakyat Malaysia bersama founder Sarawak reports Clare Rewcastle-Brown.
10. Tambahan kepada pemalsuan Sarawak reports tersebut adalah pengakuan seorang mantan wartawan Sarawak Tribune- Lester Melanyi. Melanyi antara lain menyebut beberapa pemimpin pembangkang antaranya Tony Pua (DAP).
12. Pendedahan Melanyi tersebut, kini menjadi perbalahan antara Tony Pua, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Barisan Nasional yang juga Menteri Kesejahteraan, Bandar Perumahan dan Kerjaan Tempatan-Dato Abdul Rahman Dahlan.
No comments:
Post a Comment