Thursday, January 13, 2011

Negara Islam: Hadi Awang U TURN

Hadi Awang-Presiden Pas menegaskan bahawa PAS hanya memperkasa Islam-bukan mahu menegakkan negara Islam. Demikian menurut Hadi melalui blognya.

Laporan sebelum ini yang mengatakan bahawa PAS akan menegakkan Negara Islam walaupun mendapat tantangan daripada DAP- menurut Hadi-laporan tersebut adalah laporan putar belit pihak media.

Dalam perkembangan yang sama Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu terutama mengenai negara islam akan tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka.

“Kita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang adil dan kerajaan yang bersih,” katanya dalam satu SMS kepada Bernama ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

Pembantu Pengarah Bahagian Pendidikan Politik DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, berkata parti itu sememangnya memahami ideologi politik yang dibawa PAS iaitu untuk menubuhkan negara Islam.

Selain PAS dan DAP, satu lagi parti dalam pakatan pembangkang ialah Parti Keadilan Rakyat.

Mengenai sama ada terdapat sebarang perjanjian antara ketiga-tiga parti itu bahawa PAS berjanji tidak akan menubuhkan negara Islam sekiranya pakatan itu mentadbir negara,Jeff Ooi berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

“Serasa saya perkara itu (untuk tidak menubuhkan negara Islam) belum pernah dibincangkan,” katanya.

No comments:

Blog Archive