Thursday, January 13, 2011

Kes liwat Anwar: Kebal kah Karpal Singh?

Karpal perlu menjadi saksi kepada pendakwaraya ekoran dakwaanya pada tahun 1997 tentang tabiat homoseks Anwar.

Pada 3 januari lalu Presiden persatuan peguam muslim Encik Zainul Rijal Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan lanjut mengenai pendedahan Karpal tersebut perlu disiasat.

Menurut Zainul-dalam kes-kes jenayah tiada masa yang ditetapkan untuk menjalankan sisatan-berlainan dengan kes sivil-dimana perlu disiasat dalam tempoh enam tahun.

Sebelum itu wakil rakyat Bayan Baru Datuk Zaharin Hashim meminta pihak peguam negara agar memmulakan siasatan terhadap pendedahan Karpal tentang tabiat homoseks Anwar.

Zaharin juga meminta agar Peguamn negara mempertimbangkan dengan serious agar Karpal dijadikan sebagai saksi pendakwaraya dalam kes liwat Anwar.

Karpal di dewan rakyat pada tahun 1997 mendedahkan bahawa Anwar adalah pengamal seks luar tabii.

Berasaskan Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997- Karpal sebagai Peengerusi DAP telah menyatakan bahawa dia mempunyai dokumen yang mengaitkan bahawa Anwar memang terlibat dengan liwat.Untuk itu, Karpal meminta kerajaan agar menjalankan sisatan terhadap Anwar.

Zaharin merupakan individu ke empat selepas wakil rakyat Wangsa Maju Wee Choo Keong, Datuk Zaid Ibrahim dan wakil rakyat Kulim Bandar Baru-Zulkifli Noordin yang mempersoalkan rasionalnya Karpal menjadi Ketua Peguambela Anwar dalam Liwat II yang dihadapinya.

Sementara itu Wee Choo Keong mendakwa Karpal ada lah individu yang "flip-flop" kerana padangannya terhadap Anwar berubah-ubah.

Kepada Peguam negara-mula lah siasatan terhadap Karpal demi martabat undang-undang yang diamalkan di negara ini. Jika sisatan tidak dijalankan-maka usaha kerajaan mendaulatkan undang-undang negara akan terbantut dan kemungkinan besar rakyat akan kehilangan keyakinan terhadap mahkamah dan undang-undang negara.

No comments:

Blog Archive