Saturday, April 03, 2010

PRK Ulu Selangor: Apa Salah Diserahkan Semula Pada Umno

Seharusnya MIC mengambil iktibar melalui PRU-12 yang lalu. Samy Vellu perlu sedar bahawa zaman telah berubah. Taburan penduduk juga telah berubah. Persepsi pengundi juga telah berubah demikian juga citarasa pengundi telah berubah.

Selama 51 tahun kawasan majoriti penduduk melayu telah diwakili oleh bukan melayu. Namun akhirnya pada PRU-12 lalu, para pengundi telah memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi diwakili oleh bukan melayu di parlimen.

Apa salahnya, kawasan Ulu Selangor dikembalikan semula kepada Umno. MIC tidak akan merasa rugi, kerana pada PRU-13 akan datang calon MIC akan dipilih pada salah satu DUN yang terdapat dalam kawasan ULU Selangor, di mana kawasan DUN itu terdapat majoriti daripada kaum india.

Samy Vellu dan MIC tidak mempunyai banyak pilihan. Samy Vellu perlu akur kehendak pengundi. Samy Vellu dan G Palanivel telah ditolak oleh rakyat. Mereka tidak boleh lagi memaksa diri mereka mewakili rakyat. Memang benar Samy Vellu dan G Palanivel adalah pemimpin No1 dan 2 MIC, namun kedudukan dalam parti tidak menjamin di sukai oleh rakyat majoriti atau menjamin kemenangan.

Berasaskan kepada taburan pengundi dan juga taburan penduduk Ulu Selangor, kawasan itu adalah majoriti melayu, dimana 54% pengundinya adalah melayu.

Pada PRK ULU Selangor, Samy Vellu dan G Palanivel perlu bertolak ansur dan memberi laluan kepada UMNO atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk bertarung melawan calon PKR samada Zaid Ibrahim atau Khalid Jaafar daripada PKR.

Jika sekiranya Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga mantan Menteri Besar Selangor dan Menteri Luar Bandar diberi peluang, maka keputusan PRK Bagan Pinang Negeri Sembilan akan berulang.

Samy Vellu dan G Palanivel perlu memilih, mahukan calon kalah kah atau calon menang.

Dalam perkembangan lain Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Samy berkata dalam setiap pilihan raya kecil sememangnya terdapat isu pertindihan di mana akan ada beberapa pilihan untuk menjadi calon.

"Jadi saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan...MIC telahpun membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 25 April ini. Banyak kerja telah dijalankan," katanya kepada pemberita selepas satu seminar anjuran MIC Perak di sini.

Beliau berkata maklumat yang dikumpulkan setakat ini jelas menunjukkan sokongan pengundi kepada BN dan calon BN kini mempunyai harapan cerah untuk merampas kembali kerusi itu.

"Pengundi juga telah memberikan isyarat yang bagus setakat ini, selepas jentera kita memasuki kampung-kampung termasuk kawasan Felda...arus pengundi telah kembali kepada BN," katanya.

Masyarakat India di kawasan Parlimen berkenaan juga kini memberi sokongan padu kepada BN, kata beliau.

Sebelum ini, Samy Vellu telah mencadangkan supaya Timbalannya Datuk G.Palanivel mewakili BN untuk bertanding sekali lagi bagi kerusi itu.

Palanivel adalah Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman telah meminta supaya kerusi itu dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC dan permintaan itu adalah suara dari akar umbi.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Allahyarham memenangi kerusi itu setelah mengalahkan Palanivel dengan majoriti 198 undi pada pilihan raya umum 2008.

No comments:

Blog Archive