Saturday, April 24, 2010

Fatwa Nik Aziz: Zaid Sama Dengan Khalid Al-Walid: Sebelum Masuk Islam Minum Arak

Fatwa Nik Aziz kali ini adalah: Menyamakan Zaid Ibrahim dengan Pejuang Islam zaman Nabi Muhammad SAW Khalid Al-Walid, pejuang itu sebelum masuk islam adalah peminum arak yang tegar.

Zaid juga sama, sebelum masuk PKR adalah peminum arak yang tegar.

Perbezaannya Zaid sudah lama islam, dilahirkan islam. Zaid bukan pejuang islam, Zaid adalah penyalaras Pakatan,Zaid adalah calon PKR.

Perbezaannya lagi Zaid menegakkan anti islam DAP, zaid bukan penjuang kalimah Allah hanya untuk orang islam, Zaid adalah pejuang kalimah Allah untuk orang kristian juga.

Peminum arak tegar, terlalu sukar untuk melepaskan tabiat itu, apa tah lagi dalam tempoh singkat.Lagi pun, Zaid tidak menjalankan meditasi untuk mengatasi kebiasaanya itu.

Manusia yang sudah biasa minum arak, memerlukan masa yang panjang untuk lari daripada minum arak. Ramai peminum tegar perlu rehabilitasi, bertahun-tahun agar tabiat itu boleh dikikis.

Pernah dengar kah anda, bahawa Zaid telah menjalankan rehabilitasi?

Zaid hanya mengakui bahawa dia sudah berhenti minum arak, pada musim berkempen ini (PRK Hulu Selangor). Entah bila tabiat buruk Zaid itu sudah berhenti.

Nik Aziz demi politik sanggup memutar belitkan agama. Sebelum inipun Nik Aziz adalah penyokong Sodomy Anwar, apabila dia datang ke perbicaraan Anwar di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. Tanpa usul periksa, Nik Aziz menafikan bahawa Anwar tidak melakukan sodomy kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kali ini Nik Aziz terperangkap lagi dengan tipu muslihat Zaid Ibrahim. Zaid dengan berkopiah putih, Nik Aziz sudah percaya, bahawa peminum tegar itu sudah berhenti, minum arak.

Yang malangnya bagaimana Nik Aziz mengeluarkan Fatwa, bahawa Zaid sama dengan Khalid Al-Walid. Khalid Al-Walid adalah pejuang Islam. Sebelum masuk islam, memang minum arak, tetapi Zaid minum arak sudah pun beragama islam. Perbandingan ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Hanya orang gila sahaja yang boleh menerimanya.

Kehadiaran Nik Aziz dengan Fatwanya para kempener Pakatan kononya yakin, bahawa Zaid terselamat.

Di PRK Bagan Pinang Nik Aziz ikut juga berkempen, isu yang dibawa Nik Aziz adalah isu sama, namun, para pengundi Bagan Pinang tetap menolak calon PAS.

Kali ini tidak terkecuali, walaupun Nik Aziz katakan, para pengundi Hulu Selangor tidak pun akan terpengaruh.

Para pengundi di situ telahpun membuat keputusan awal, bahawa kali ini mereka akan mengundi BN.

Usaha terdesak Pakatan terutama Anwar Ibrahim menguar-uarkan anak Tun Ghafar Baba masuk Pakatan, adalah usaha makan tuan. Tamrin Ghafat Babab adalah pemimpin reject, yang tidak berfaedah langsung kepada BN. Kemasukkan Tamrin ke dalam PKR, adalah tanda postif kepada BN.

Nik Aziz selain fatwanya yang mengatakan Zaid Ibrahim sama dengan Khalid Al-Walid, MB Kelantan itu juga membidas kaedah menyerang peribadi adalah keraja bodoh. Namun NIK Aziz lupa, bahawa kaedah Pas dan Pakatan selama ini adalah menyerang peribadi. Cuba baca atau ikuti semua biadasan Pakatan atau Pas kepada para pemimpin BN semuanya berunsur fitnah dan berunsur serangan perbadi.

Pada PRK Penanti Pulau Pinang, Nik Aziz terlupa, bahawa kekalahan Rohaizat Othman calon BN kepada calon Pas, kerana serangan Perbadi oleh Pas. Namun, ketika itu, Nik Aziz tak katapun cara PAS itu cara BODOH. Ini lah cara PAS, lain tempat lain kata.

No comments:

Blog Archive