Wednesday, February 03, 2010

Sodomy II: Simpatisan Anwar Sudah Akur

 Gambar-gambar Ehsan dari Blog Papa Gomo
Kehadiran para penyokong atau simpatisan Anwar bagi memberi sokongan di mahkamah semalam hanya sekitar 100 orang (blog papa gomo) dan 250 orang (CNN).

Jika diimbas kembali peristiwa seumpama ini pada tahun 1998, simpatisan Anwar hanya berbaki kurang dari 1%.

Hakikat apa kah yang sebenarnya berlaku? pertama para simpatisan itu telah bosan dengan sepak terajang Anwar dan kedua mereka yakin Anwar kali ini bersalah, atas sebab Saiful sebagai mangsa berkata benar.

Anwar dalam menghadapi sodomy II ini seperti biasa perangainya adalah mempergunakan media asing, orang asing, negara asing bagi memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia, mahkamah Malaysia dan rakyat Malaysia melakukan taktik kotor dan konspirasi hanya untuk menjatuhkan imej dan karier politik seorang rakyat Malaysia yang bernama Anwar Ibrahim.

Semalam dalam usaha Anwar menangguhkan Sodomy IInya mempergunakan helah baru,konon-kononnya Najib dan Rosmah Mansor merupakan perancang kepada kes Sodomy II ini, kerana itu Anwar mengarahkan Karpal Singh untuk mensafena perdana menteri itu dan isterinya.

Namun usaha Anwar itu gagal. Sodomy II akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 2: 30 petang ini.

Para pembaca budiman. Para bloger penyokong Anwar telah mula memutar belit kan fakta setelah semua muslihat mereka gagal menghentikan hakim Zabidin untuk menangguhkan sodomy II.

Para bloger dan penyokong Anwar menyemarakkan bahawa sodomyII ini bukan membicarakan Anwar sebaliknya membicara kreadibilti pihak polis, jabatan kimia,para doktor kerajaan yang terlibat dan para hakim.

Para simpatisan Anwar mahu menafikan bahawa lembu punya susu tetapi sapi punya nama. Simpatisan Anwar mahu memesongkan pembaca dan rakyat bahawa atas daya usaha para institusi ini lah Anwar mendapat malapetaka SodomyII.

Namun hakikatnya, rakyat sudah tahu bahawa pada kali ini Anwar memang benar melakukan kerja terkutuk itu. Perangkap hanya mampu melepaskan mangsanya hanya sekali, namun untuk kedua kali jarang perangkap melepaskan mangsanya.

Anwar mendabik dada bahawa pada tahun 2004 setelah Abdullah Badawi menjadi perdana menteri (atas nasihat Khairy?) membebaskan Anwar dari penjara, dan masa itu alasan yang dikemukakan bahawa mahkamah tersilap secara teknikal walaupun mengakui memang Anwar melakukan liwat.

Setelah 10 tahun, penyokong Anwar yang sebelumnya bermati-matian percaya bahawa Anwar tidak melakukan kerja terkutuk itu, namun akhirnya pasrah, dan menghidu memang pemimpin yang mereka agungkan itu memang melakukan kerja terkutuk itu, atas sebab lah kehadiran para simpatisan dan penyokong Anwar menurun 99% lebih.

No comments:

Blog Archive