Showing posts with label Anwar Sodomy II. Show all posts
Showing posts with label Anwar Sodomy II. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

Sodomi II: Akhirnya Anwar Bersalah

Pegangan Terakhir Anwar
Mahakamah Persekutuan kekalkan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah rayuan 7 Mac 2014.

Anwar, kini 67 tahun, akan bebas pada tahun 2020, dan boleh bertanding semula pada 2025, pada usia 77 tahun.

Anwar kesurupan di kandang tertuduh, dengan pidatonya yang menuduh Para Hakim menjadi mangsa konspirasi politik. Memang, pidato seperti itu dijangka, kerana sebagai pesalah, apa lagi yang mahu dicakap?? kenalah menuduh bermacam-macam. Lantaklah Nuar, yang mustahak kamu masuk lagi.

Tan Sri Shafee memohon agar hukuman sekurang-kurangnya 6 tahun, kerana tidak boleh lebih singkat berbanding hukuman Sodomi 1.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

MITIGASI Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif.

Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan.

"Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim.

TEPAT 12.07 Tengah hari, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membuat keputusan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memenjarakan beliau selama 5 tahun pada 7 Mac 2014, kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya seorang lelaki Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008 di sebuah Kondominum, di Bukit Damansara Kuala Lumpur antara pukul 3.01-4.30 petang.

Mahkamah sedang berihat, sebelum hukuman dijatuhkan. Ketua Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafiee Abdullah sebelum ini dikatakan akan meminta tambahan masa penjara. Apa kah Hakim akan menambah? sama-sama kita tunggu sebenar lagi.

Berikut perjalanan pembacaan Keputusan Hakim hari ini.

Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

Tepat 12.07PM:Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

ASAS mengapa Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah adalah penghakiman yang menyatakan bahawa sampel air mani tertuduh tidak tercemar.

Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.

Hakim juga berkata dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu “tiada merit”.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya

Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas.

Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.

“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya

Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk. 

Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.

Terkini Sodomi II: ANWAR BESAR KEMUNGKINAN DIDAPATI BERSALAH

Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

Tepat 12.07PM:Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

ASAS mengapa Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah adalah penghakiman yang menyatakan bahawa sampel air mani tertuduh tidak tercemar.

Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.

Hakim juga berkata dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu “tiada merit”.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya
Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas.

 Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.

“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya

Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk. 

Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.

TERKINI: BESAR KEMUNGKINAN ANWAR BERSALAH!!!!

Sebahagian Penyokong Anwar

TERUSKAN DI POST BARU: ANWAR BAKAL DIDAPATI SALAH.

Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong.

Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

“Saiful bukan bersubahat dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting.

Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY jelly dan dakwaan doktor Pusrawai bahawa objek plastik menembusi duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku perhubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.

Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.
Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.
Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.

Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium, cara pelincir digunakan dan duburnya ditembusi.

Salah satu para penghakiman. Persetujuan (hubungan liwat) tidak semestinya mensabitkan kesalahan.(mendebarkan ayat ini)
Sekarang (tepat 10.12pagi) Ketua Hakim Negara sedang membacakan penghakiman.

Para Hakim belum mengambil tempat. Dijangka bila-bila masa, para hakim akan masuk ruangan mahkamah.

Keadaan dalam mahkamah tenang, semua kerusi penuh.

Keluarga Anwar belum lagi kelihatan.

Kelihatan juga penyokong Saiful (mangsa liwat) . Mereka memakai T-shirt (liwat tetap liwat).

Panel Hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara belum mengambil tempat.

Suasana tegang. Pihak polis siap siaga.

Tertuduh liwat (Anwar Ibrahim) sudah berada di Mahkamah.

Peguam utama Anwar Gopal Sri Ram yang tampil bertongkat sudah berada dalam mahkamah. Pendakwaraya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah juga sudah berada di dalam mahkamah.

Penyokong Anwar, kira-kira 1,000 orang berada di luar mahkamah, bagi yang beragama islam, sedang bersiap sedia melakukan solat hajat.

Keluarga Anwar belum kelihatan setakat ini.

HARI ini, bukan sahaja seluruh rakyat menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu, akan tetapi dikuti secara dekat mahupun jauh oleh dunia.

Hari ini, hari penentuan bagi Anwar, apakah akan terus menghirup udara segar kebebasan atau kembali ke Penjara Sungai Buloh.

Jika Anwar didapati bersalah, beliau akan kehilangan status Yang berhormat dan Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 lalu akan secara automatik kosong. Oleh kerana pilihanraya belum genap 2 tahun, maka satu PRK perlu diadakan.

Keadaan perkarangan Mahkamah Persekutuan, sudah dipenuhi para penyokong Anwar, sementara pasukan keselamtan siap siaga daripada awal pagi. Kebanyakan jalan menuju mahkamah dipasang penghadang polis.

Apakah keputusan Mahkamah? Sama-sama kita tunggu.

Monday, February 09, 2015

Sodomi II: Ramai Sangat Penganalisis Cuba Pengaruhi Keputusan

KEPUTUSAN sodomi II dijadualkan akan diputuskan esok 10 Februari. Mengintisipasi keputusan itu, ramai sangat penganalisis bukan berlatar peguam, terutama penulis barat, berhujah, kononnya berasas fakta, Anwar Ibrahim bakal dibebaskan.

Sejak dua minggu yang lalu, bukan sahaja Anwar yang bermain psikologi, mendakwa bahawa beliau akan dibebaskan, malahan rata-rata penyokongnya dan pemimpin pembangkang.

Mereka cuba mempengaruhi pendapat ramai, bahawa jika keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Ketua Pembangkang itu pada 7 Mac 2014, kononnya Mahkamah tidak bebas aka dipengaruhi tangan-tangan ghaib terutama orang politik.

Pihak Anwar mencuba mempotretkan, bahawa Kerajaan Pimpinan Najib Razak akan berada dibelakang keputusan Mahkamah, jika keputusan itu tidak berpihak kepada beliau.

Ramai rakyat atau majoriti rakyat negara ini mahu melihat, bahawa mahkamah perlu membuat keputusan berasaskan undang-undang, berasaskan bukti-bukti, bukannya atas keputusan kepetahan peguam bela mempatahkan hujah pendakwaraya. Hakim perlu melihat bukti-bukti yang dikemukakan di depan mereka. Jangan gentar, membuat keputusan, kerana jika keputusan membebaskan Anwar, undang-undang negara ini terutama yang berkaitan seks luar tabii, akan lintang pukang.

Saturday, February 07, 2015

Sodomi II: Anwar Kata Kalau Masuk Penjara-60 Peratus PKR Sudah Menang-Mengapa Takut Dipenjara?

BUKANKAH Pakatan Rakyat mahu merampas Putrajaya. Anwar kata, kalau beliau masuk penjara, maka Pakatan Rakyat sudah menang 60 peratus. Kalau begitu kenapa takut masuk penjara. Kenapa perlu buat rayuan, sedangkan kunci untuk merampas Putrajaya adalah apabila beliau dipenjarakan.

Seharusnya, penyokong Anwar berdoa, agar beliau disumbatkan dalam penjara, kerana cara itu lebih mudah untuk Pakatan mencapai visi mereka.

10 Februari adalah penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan, apa kah akan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mantan pembantu peribadi beliau.

Friday, February 06, 2015

Sodomi II: Tiada Ruang Anwar Terlepas

PEGUAM utama Anwar yang menggantikan mendiang Karpal Singh Gopal Sri Ram, sudah mengaku melalui hujahnya di mahkamah, bahawa sodomi II adalah suka sama suka, ertinya perlakuan hubungan luar tabii yang haram di Malaysia, memang berlaku.

Jika Mahkamah Persekutuan melepaskan Anwar, maka impak kepada perundangan negara, bahawa sodomi itu bukan haram; apa akibatnya? Perundangan negara akan tunggang terbalik, dan berkemungkinan besar mereka yang dijatuhi hukuman kerana hubungan seks luar tabii akan memenuhi mahkamah menyaman kerajaan.

Gopal berhujah, Saiful badan sasa, tinggi lampai, muda lagi, boleh over power Anwar yang tua, sodomi berlaku, kerana suka sama suka.

Dengan hujah itu, ertinya peguam itu mengaku, memang berlaku seks luar tabii. Namun, dilain pihak peguam itu berhujah, bahawa sodomi tidak berlaku, kerana hanya sebab "karpet Terbang" Karpet terbang itu, adalah masalah teknikal. 

Hujah peguam Anwar berkaitan umur sperma, tidak akan mendapat perhatian para hakim, kerana hujah itu dipatahkan dengan baik oleh pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee Abdullah.

Akhir-akhir ini, Anwar dan penyokongnya memainkan psikologi songsang, kononnya, dia akan dibebaskan kerana para Hakim telus dan tidak berpihak.

Mainan Anwar ini, tidak akan mempengaruhi para Hakim, kerana bertidak khilaf akan membuatkan perundangan negara kucar kacir.

Melihat kepada hujah Tan Sri Shafee,tiada asas untuk Anwar terlepas. Apa-apapun kita tunggu 10 Februari 2015. Apa kah Anwar, kembali ke Sungai Buloh.

Thursday, February 05, 2015

Sodomi II: Anwar Dakwa Kalau Dia Masuk Penjara-PR akan Tawan Putrajaya

HEHEHE, Anwar mengigau di siang hari. Anwar dipenjara sebelum ini, tidakpun Pembangkang menawan Kerajaan Persekutuan. Malah semasa beliau dalam penjara kemampuan pembangkang merai kerusi, tidakpun mengancam keduduk parti yang memerintah, malah pada tahun 2004, hanya kerusi Permatang Pauh sahaja dimenangi PKR.

Ramai yang mengatakan jika Anwar masuk penjara kali ke dua, maka tamatlah perjalanan politik beliau, malah Pakatan Rakyat perlu melupakan hasrat menawan Putrajaya.

Anwar menunggu keputusan rayuan daripada Mahkamah Persekutuan yang dijadual pada 10 Februari ini, apa kah mahkamah itu mengekakalkan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Jika mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman itu, maka secara automatik, Anwar kehilangan status wakil rakyatnya.

Tuesday, February 03, 2015

Anwar Kerap Sangat Guna Tokoh Islam Dr Yusof Qardawi Menjustifikasi Sodomi II

SEJAK Sodomi II bermula, pelaku utama Anwar Ibrahim kerap menggunakan tokoh islam Sheikh Yusof Al-Qardawi. Tujuannya apa? untuk menggambarkan bahawa pelaku adalah penganut agama islam yang taat.

Melalui gambaran itu, Anwar mahu mengumpul pool opinion, jika beliau didapati bersalah, maka beliau dijadikan mangsa ketidak adilan mahkamah negara.

Pada 7 Mac lalu, Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful pada Jun 2008, di sebuah Kondominum Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Anwar merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dan pendengarannya ditangguh pada November tahun lalu. Mahkamah Persekutuan telahpun membuat jadual, bahawa pada 10 Februari, Mahkamah itu akan membuat keputusan apakah akan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan atau sebaliknya.

Dalam masa beberapa hari kebelakangan ini, Anwar menjelajah berbagai tempat, kononya jika beliau bakal dipenjarakan, maka mahkamah sebenarnya menjadikan beliau sebagai mangsa ketidak adilan.

Benar kah? Mahkamah akan membuat keputusan berasaskan bukti-bukti yang ada didepan mereka, bukannya membuat keputusan berasaskan atas angin. Anwar juga mempengaruhi pendapat rakyat, bahawa beliau sebenarnya menjadi mangsa ketidak adilan.

Hakim yang membuat keputusan nanti, diketuai oleh Ketua Hakim Negara bersama 4 Hakim kanan yang lain. Jika Anwar didapati bersalah, beliau kenalah menerima hakekat, bahawa memang beliau melakukan kerja terkutuk itu. Pada soduomi I, Para Hakim telah memutuskan, bahawa sodomi memang berlaku ke atas mangsa-mangsa Anwar, akan tetapi beliau dibebaskan kerana teknikal. Apa kah, Para Hakim Mahkamah Persekutuan juga akan membuat keputusan yang sama?? Sama-sama kita tunggu 10 Februari.

Sunday, February 01, 2015

8 Hari Lagi- Anwar Bebas atau Sungai Buloh

LAPAN hari lagi, penentuan bagi Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, apakah akan terus bebas atau kembali ke Sungai Buloh.

Kalau bebas, ertinya masih terus boleh berpolitik, kalau kembali ke Sungai Buloh, kerana beliau melanggar janjinya sendiri, iaitu janji bersara daripada politik kalau PR gagal ke Putrajaya melalui PRU-13.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan rayuan 5 tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah rayuan pada 7 Mac 2014, kerana MP Permatang Pauh itu didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya seseorang lelaki.

Jika mahkamah mendapati Anwar bersalah, maka secara automatik akan kehilangan status sebagai wakil rakyat. PRK akan berlaku, kerana belum genap dua tahun selepas PRU. 

Monday, January 26, 2015

Sodomi II: 10 Februari 2015: Penentuan Untuk Anwar

APAKAH Anwar kekal bebas? atau perlu kembali ke penjara. 10 Februari ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi memberi keputusan rayuan penjara 5 tahun yang dijatuhkan kepada Ketua Pembangkang itu pada 7 Mac 2014.

Sekiranya didapati bersalah, Anwar, 67, terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang disandangnya kini berdasarkan artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam rayuannya, Anwar meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sunday, January 11, 2015

Sodomi II Diputuskan Dalam Masa Terdekat

SEMALAM, Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, bahawa keputusan Sodomi II Anwar Ibrahim akan diketahui dalam masa terdekat.

Ketua Hakim itu membayangkan bahawa tempoh tiga bulan, membuat keputusan adalah tempoh yang sesuai dengan garis panduan badan kehakiman itu memutuskan sesuatu kes rumit seperti sodomi II.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu lelaki beliau pada tahun 2008 dan menjatuhkan penjara 5 tahun pada 7 Mac tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan, mahkamah terakhir yang boleh Anwar gunakan membatalkan keputusan mahakamah rayuan itu, telah bersidang selama seminggu pada November lalu, dan menangguhkan keputusan selepas pendengaran.

Ketua Hakim Negara mengetuai lima barisan Hakim mendengar rayuan sodomi II.

Impak kepada keputusan mahkamah itu, jika mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu, Anwar bakal kehilangan kedudukan sebagai Ahli Parlimen.

Thursday, December 11, 2014

Sodomi II: Akan Bila Kah Keputusan?

LEBIH sebulan, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman rayuan sodomi II Anwar Ibrahim terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 8 mac lalu.

Rakyat tertunggu-tunggu berkaitan dengan hukuman itu. 

Kini, mereka yang menjadi penyokong Anwar mengwar-warkan bahawa Anwar bakal dibebaskan, atas sebab Peguam Utama Ketua Pembangkang itu Datuk Seri Gopal Sri Ram, dapat mematahkan hujjah pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


Sunday, December 07, 2014

Kelambatan Penghakiman Sodomi II- Apa Kah Disebabkan Kehadiran Gopal Sri Ram?

7 November lalu, Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Mahkmah Persekutuan dikejutkan dengan kehadiran Dato Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam utama Anwar, sedangkan sebelum itu, tidak menyebutpun kehadiran beliau. Gopal mengambil alih tugas Sulaiman Abdullah yang menggantikan Mendiang Karpal Singh.

Kini genap sudah sebulan penangguhan penghakiman. Ketua Hakim negara, dua hari lalu meminta ruang, agar para Hakim yang terdiri daripada 5 orang, menyiapkan penghakiman mereka.

Apa kah kehadiran Gopal sebagai Ketua Pembela Anwar yang juga mantan Hakim Persekutuan, menyebabkan kelambatan penghakiman itu?

Friday, December 05, 2014

Sodomi II: Ketua Hakim Negara Perlu Masa

KETUA Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, tidak dapat menjanjikan, bila Keputusan Sodomi II akan diumumkan.

Menurut beliau, Mahkamah Rayuan atau Persekutuan, biasanya memerlukan antara 3-6 bulan untuk membuat penghakiman.

7 November lalu, Rayuan Sodomi II yang disabitkan Kesalahan Meliwat dan dihukum 5 tahun Penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Negara bersama-sama 4 Hakim yang lain akan membuat keputusan terakhir berkaitan rayuan Anwar.

Semakin lambatnya penghakiman itu, memberi ruang kepada Anwar melobi negara-negara sekutunya, untuk menekan Kerajaan Malaysia. Hari ini Naib Presiden Amerika, Joe Biden melalui tweeter, menulis, seolah-olah mahu mempengaruhi Kerajaan Malaysia; agar tidak mengenakan hukuman kepada Ketua Pembangkang itu.

Tuesday, December 02, 2014

Sodomi II: Bila???????

MEMPERLAMBAT permainan mengundang berbagai persepsi. Di Malaysia, sudah tentu persepi buruk.

Bayangkan kes sodomi II bermula tahun 2008, hingga kini belum selesai. 

Anwar sebenarnya dihukum 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, namun membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan; dan seharusnya Mahkamah Persekutuan yang diketuai sendiri oleh Ketua Hakim negara bersama 4 hakim kanan, seharusnya sudah membuat keputusan.

Kes Sodomi II mustahak diketahui, kerana ianya menggambarkan bagaimana bebas dan efektifnya sisitem perundangan negara.

Kini bukan sahaja rakyat tertanya-tanya, malah tertuduh sendiri.

Pelik: Keputusan Sodomi II Tidak Kunjung Tiba

AYT sudah terlupa, tarikh bila sodomi II berakhir. Seingat AYT, Mahkamah Persekutuan menangguhkan hanya sekejap, rupanya berlarutan.

Rupanya kalau orang berpengaruh, bukan sahaja keputusan boleh dilambatkan, malah boleh ditangguh-tangguh.

Sepatutnya kes sodomi II, berkepentingan awam, perlu disegerakan.

Thursday, November 20, 2014

Sodomi II: Mengapa Keputusan Lambat?

KEPUTUSAN rayuan Sodomi II Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan; belum diputuskan. Akan bila kah keputusan itu?

Friday, November 07, 2014

Sodomi II: Tiada Keraguan Memang Saiful Diliwat


PEGUAM Anwar tidak dapat menafikan bahawa mangsa liwat II, memang diliwat; namun mereka berhujah bahawa bukan Anwar yang meliwatnya melainkan lelaki Y.

Peguam Anwar Gopal Sri Ram, sangsi, apa kah benar Anwar meliwat mangsa, kerana karpet buatan cina yang dikatakan digunakan semasa pelakuan sodomi itu; tidak dikesan bukti-bukti berlakunya hubungan seks antara tertuduh dan mangsa. 

Mengaitkan dengan kejadian di Australia, bahawa selepas 13 tahun, sehelai tuala dapat dianalisis terdapatnya DNA yang mengaitkan jenayah; namun pada karpet yang dirampas pada unit 11-5-2 itu tidak terdapatnya kesan DNA tertuduh mahupun mangsa; meskipun karpet itu dikenal pasti mangsa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Apakah mungkin, karpet itu telah dibersihkan? atas sebab karpet itu menurut mangsa berada di unit 11-5-1 di mana perlakuan seks berlaku.

Hakim mahkamah persekutuan tidak boleh menerima bulat-bulat hujah peguam Anwar, walaupun mereka tidak percaya dengan karpet terbang.

Pokok pangkal kepada kes ini, adalah terdapatnya DNA male Y didubur Saiful; jika Mahkamah Persekutuan menerima bahawa Male Y adalah Anwar; maka seluruh hujah peguam Anwar yang kelihatannya mampu menimbulkan keraguan terhadap bukti-bukti, seperti karpet, keketerangan Dr Osman daripada Hospital Puswari ; akan mampu diketepikan; jika para hakim menerima bahawa male Y itu adalah Anwar.

Meskipun Gopal menganggap bahawa mangsa bukan saksi yang beritegriti; namun para hakim perlu memberi nilai kepada sumpah laknat mangsa; berbanding tertuduh yang enggan melakukannya.

Sodomi II: Akan Kah Anwar Dilepas?

NAMPAKNYA Anwar berpuashati berkaitan hujah peguam belanya yang diketuai Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram. Anwar diwakili 14 peguam yang kesemuanya berketurunan india.

Dalam pegulungan hujah peguam utama Ketua Pembangkang itu, terus menyerang saksi utama yang juga pengadu dalam kes sodomi II. Gopal memberi jolokan kepada saksi utama itu sebagai "broken tree" dan seorang saksi yang tidak bernilai.

Apa yang menarik pada pendengaran hari ini, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria tidak membenarkan DPP utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah untuk berhujah; apa kah ini satu petanda, bahawa barisan peguam Anwar berjaya mematahkan hujah pendakwaan?

Penghakiman akan ditentukan kemudian.

Sodomi II: Gopal Sri Ram Terus Serang Saiful

TAN SRI Gopal Sri Ram mantan Hakim Persekutuan yang tiba-tiba mengetuai barisan 14 peguam yang membela Anwar bermula pada 28 oktober, dalam hujahnya hari ini terus mempertikai serta menyerang saksi utama yang juga mangsa liwat II.

Peguam itu berhujah, bahawa Saiful bukan saksi yang bernilai dan menganggapnya sebagai kayu mati yang tidak boleh dipercayai langsung. Sebaliknya peguam itu mengaungkan Dr Osman doktor Hospital Puswari sebagai indivdu yang berintegriti dan boleh dipercaya.

Hujah Gopal itu bertentangan dengan hujah DPP utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan bahawa Saiful seorang saksi yang berwibawa dan Dr Osman seorang saksi yang tidak boleh dipercaya. Malah Shafee berhujah, jika Dr Osman dipanggil sebagai saksi, maka DPP akan kehilangan jawatan, kerana kesilapan memanggil saksi.

Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan penghakiman pada satu tarikh lain dan meneruskan ikat jamin tertuduh.

Blog Archive