Saturday, February 27, 2010

Sodomy II: Putar Alam Anwar: Kali ini Guna Orang Asing Pula

Anwar ini memang hebat. Jika dalam negera disamping dirinya memanggungkan sodomy II adalah komplot jahat kerajaan, juga dibantu oleh kawan-kawannya seperti Azmin Ali, Saifudin Nasution dan juga isterinya sendiri, di pihak orang asingpun ada para penulis upahannya. Dalam blog anwaribrahimblog.com disini

Satu lagi putar alam penulis ini adalah mendakwa bahawa perbicaraan sodomy II adalah di mahkamah tertutup, dan menyalahkan bahawa sistem kehakiman adalah bias, kerana bagaimana transkrip mahkamah bebas di siarkan melalui surat surat khabar dan internet. Di sini lah fakta bagaimana penulis upahan Anwar ini memutar alamkan fakta sebenar. Rakyat Malaysia yang telah celik hurup sudah tahu bahawa perbicaraan sodomy II adalah di makhamah terbuka, yang dianggap tertutup adalah adegan ranjang antara Anwar dan Saiful (itu pun atas permintaan peguam Anwar,Karpal Singh). Selain daripada itu, seluruh perbicaraan itu adalah terbuka.

Anwar dalam mengelak sodomy II mempergunakan berbagai saluran, apakah saluran mahkamah untuk menguggurkan sodomy II, melalui saluran negara asing dimana negara asing tersebut membuat desakan agar sodomy II digugurkan, NGO negara asing dan juga penulis-penulis asing, termasuk lah penulis artikel yang terdapat dalam blog Anwar itu.

Anwar mencuba mensenasikan sodomy II seolah-olah memberi kesan buruk kepada negara, namun maksud tersiratnya adalah dia lah yang terkena kesan buruk itu.

Penulis upahan Anwar ini juga memutar alamkan sodomy II yang konon-kononya perkataan "sodomy" adalah taboo di negara ini, namun kali ini perkataan "sodomy" sudah merbak di sekolah-sekolah, konon-konon angkara media aliran perdana,yang kononya di bawah kekuasaan kerajaan.

Penulis ini juga mencuba memoteritkan bahawa sodomy II adalah komplot kerajaan untuk menjatuhkan Anwar,kerana Anwar lah yang menjadi ancaman kepada kerajaan yang diterajui oleh Umno.

Dalam artikel upahan Anwar ini juga mencuba mempoteritkan, bahawa seksyen 377B acara jenayah hanya 7 kali sahaja dipergunakan sejak negara ini merdeka, dan 4 daripadanya adalah digunakan pada Anwar.

Berjaya kah Anwar memutar alamkan sodomy II? Hanya mahkamah yang dapat menentukan.

No comments:

Blog Archive