Thursday, February 04, 2010

Sodomy II Hari ke-2 Saiful Cuba Diganggu Gadis-Gadis PKR

Gambar gadis-gadis itu tidak sempat direkam. Namun semasa Saiful dibawa ke kondo di mana kejadian meliwatnya pada 26.6.2008 gadis-gadis PKR tersebut sudah menunggunya.

Namun Saiful tidak merasa risih dengan gangguan tersebut,malah tayangan ulang dalam kamera sepertimana berlaku pada hari kejadian liwat dilakukan dengan tanpa tersendat-sendat di hadapan YA Zabidin dan Karpal Singh.

Sementara itu dalam ruang mahkamah apabila alat besi yang ditunjukkan oleh pendakwaraya untuk mengambil sampel air mani daripada lubang dubur Saiful, OKT Anwar kelihatan hanya tersenyum simpul.

Dalam perkembangan sebelum itu Karpal Singh cuba menggangu perjalanan Sodomy II dengan membabitkan laporan Utusan Malaysia hari yang menurut Karpal tidak tepat dan menghina mahkamah. Namun YA Zabidin tidak membenarkan untuk mengaitkan laporan Utusan Malaysia tersebut.

Dalam perbicaraan Sodomy II hari ini Saiful meneruskan keterangannya.

Disebabkan kesuntukan masa, maka Sodomy II ditagguhkan dan bersambung esok jam 9:30 Pagi.

No comments:

Blog Archive