Monday, February 15, 2010

Rebahnya Anwar Rebah Lah Pakatan

Anwar menenanti rebah. Rebah bukan tak sihat, tetapi rebah ditangan Saiful. Sodomy II akan mengakibatkan Anwar rebah.

Anwar mendapat talian hayat apabila Hakim Mahkamah Tinggi Mohammad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan Sodomy II jumaat lalu kepada 18 Februari. Pada 18 Februari ini YA Zabidin akan memutuskan apakah akan terus mendengar sodomy II atau sebaliknya. Anwar juga masih ada talian hayat yakni permohonannya ke mahkamah persekutuan untuk menggugurkan sodomy II akan didengar di hadapan 3 panel hakim pada 17 Februari,yaitu sehari sebelum YA Zabidin memberi keputusan.

Anwar dalam segi politik menghampiri rebah, apabila para soldadunya seperti Zulkefli Nordin, Zaharin Hassim tidak lagi menghormati Anwar. Malah pada hari jumaat lalu Zaharin yang juga wakil rakyat PKR daripada Bayan Baru Pulau Pinang telah mengistiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Para pembantu Anwar "down play" keluarnya Zaharin daripada PKR dan mereka menunding jari kepada Lim Guan Eng adalah penyebab kepada tindakan Zaharin tersebut.

Namun umum telah maklum bahawa keluarnya Zaharin selain disebabkan oleh Lim Guan Eng, tetapi hakikat sebenarnya adalah melemahnya Anwar daripada segi "command". "Command" Anwar telah kehilangan bisa, kerana ilmunya sekarang telah menjdi seperti ibu ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya tidak mampupun berjalan lurus.

Talian hayat yang diperolehinya dari 50 ahli parlimen Australia (dimana negara itu melagalkan gay) tidak dapat membantu, sebaliknya DS Najib telah mengarahkan wisma putra untuk memberi penjelasan tentang sodomy II kepada mereka.

Pakatan pasti rebah jika Anwar rebah. Kenapa AYT katakan demikian, sebelum ini pun 3 parti yang berlainan ideologi itu pernah berkerjasama di bawah pimpinan Tengku Razalegh, namun tewas bagi setiap pilhanraya. Hanya apabila Anwar mengetuainya barulah Pakatan dapat bernafas, itu pun kerana BN berada diperingkat terlemahnya .BN lemah kerana masalah dalaman parti yang tidak mampu dirungkai oleh Tun Abdullah ketika itu. Namun kini, BN ditadbir dan diketuai oleh Najib yang bercorakkan hati rakyat, mendengar degup jantung rakyat, dan dibantu oleh para pemimpin yang sanggup turun padang melihat dan bermesra dengan rakyat, membantu rakyat di kalah susah dan bersama rakyat sentiasa.

BN kini bukan lagi BN pada tahun 2006-2008, walaupun beberapa komponen parti seperti MCA dan PPP mempunyai krisis, tetapi krisis tersebut seperti carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga.

Pakatan hanya mengarapkan kepada sokongan rakyat terutama kaum melayu di Semanjung,namun pada kali ini kaum melayu tidak akan menyokong Pakatan lagi,kerana melayu tidak mau tertipu untuk kedua kalinya. Melayu telah menyaksikan bagaimana Pakatan memperdaya mereka, terutama di Pulau Pinang dan Selangor.

Melayu telah insap, bahawa para pemimpin melayu dalam Pakatan hanya diperkudakan oleh DAP. Sebagai contoh Nizar Jamaluddin di Perak. Nizar terpaksa menuruti kehendak DAP, Nizar terpaksa menderhaka kepada kesultanan melayu, kerana Nga dan Ngeh serta Sivakumar.

Di Selangor, Khlaid terpaksa mengikut telunjuk Ronnie Liu dan beberapa pemimpin DAP lain, kerana jika tidak Khalid akan kehilangan kerusi empuk menteri Besar.

Pada PRU-12 lalu tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan calon-calon DAP adalah faktor Anwar dan PAS, namun kali ini faktor tersebut telah menghakis akbit hilangnya kepercayaan simpatisan Anwar kepada Anwar kerana faktor muslihat pembohongan yang senantiasa dispin oleh Anwar yang tidak berpenghujung.

Ramai pemerhati politik, menggambarkan bahawa keluarnya Zaharin daripada PKR akan diikuti oleh beberapa orang lagi. Jika ini berlaku, maka Anwar pasti rebah ditambah dengan pukulan maut Saiful, Anwar akan Knockout dan tak dapat bangun lagi.

No comments:

Blog Archive