Tuesday, February 16, 2010

Nik Aziz: Seruan Anwar 16 September: Bukan Pengkhinat! Tetapi Wakil Rakyat Istihar Bebas Pengkhianat Pula??

Pelik!! Pada 24 Mei 2008 apabila Anwar mecanangkan bahawa "we have the numbers" istilah bagi wakil rakyat BN yang akan melompat kepada Pakatan sempana misi Anwar merampas kerajaan BN pada 16 September 2008, Nik Aziz tak kata apapun. Nik Aziz tak kata bahawa kenyataan Anwar itu pengkhianat. Malah ketika itu, Nik Aziz menyambutnya bahawa sesiapa wakil rakyat yang melompat adalah "hero" demokarsi.

Namun, apabila Zaharin Hassim keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas, Nik Aziz kata pula sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Seseorang yang menganggap dirinya tokoh agama dan ulamak seperti Nik Aziz, tidak sepatutnya memberi kenyataan yang berubah-ubah.

Nik Aziz mungkin keliru dan bengong menghadapi krisis politik dalaman parti Pakatan, kerana itu sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain.

Pada 1 Mac 2009, Nik Aziz dipetik sebagai berkata, bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh umat kristian, namun apabila polimek kalimah Allah mendapat bantahan dari umat islam,Nik Aziz pula berkata, bahawa kalimah Allah hanya untuk orang islam sahaja.

No comments:

Blog Archive