Sunday, February 21, 2010

CIFUT dan MOKHTAR: Dua Perkataan Menakutkan Anwar

Anwar begitu takut dengan dua perkataan: CIFUT dan MOKTHAR!!. Atas sebab itu 3 "Pakar": DNA luar negara diminta memantau dan hadir ke mahkamah menjadi penyokong Anwar. Dalam mengumumkan penyertaan 3 orang asing itu oleh peguam Anwar SN Nair pada 16 Februari lalu, dikatakan pakar-pakar tersebut begitu hebat dalam membuat analisis DNA. Sudah tentunya pakar-pakar tersebut adalah daripada negara yang menyokong Anwar, yakni 2 daripada Australia dan 1 dari India.

Kehadiran 3 pakar DNA ini menggambarkan bahawa Anwar begitu takut dengan sodomy II. Anwar gerun mendengar perkataan CIFUT dan MOKTHAR. Atas sebab itu lah berbagai bantuan demi "menggertak" pakar DNA dan forensik Malaysia agar tidak bermaya "mungkin" semasa soalan balas.

Umum mengetahui sebelum ini, bahawa Anwar melalui ketua peguambelanya  Karpal Singh tidak mempunyai idea untuk melakukan soalan balas terhadap saksi utama pendakwa, yakni Saiful Bukhari Azlan, kerana itu sodomy II terus tertangguh.

Selain itu, usaha Anwar mengkambing hitamkan Akhbar utusan atas siarannya yang bertajuk "Tak Rela Diliwat Lagi" menjadi asas kepada Anwar untuk memohon melucutkan hakim yang mendengar sodomy II, YA Mohammad Zabidin Mohd Diah.

Dalam isu Utusan ini sebenarnya pihak Anwar silap,kerana memang perkataan sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Utusan memang sebenarnya disebut oleh Saiful, bukan hanya sekali malah 2 kali. Atas rekod itu, maka permohonan Anwar untuk melucutkan hakim sebenarnya tiada asas kukuh. Disebabkan ketiadaan asas kukuh itu lah YA Zabidin menolak permohonan Anwar untuk melucutkannya. YA Zabidin berhujah, bahawa dengan melucutkan dirinya daripada mendegar sodomy II, ini bererti, bahawa dia lari daripada tugas seorang hakim.

Walau bagaimanapun penolakkan YA Zabidin tersebut dirayu oleh Anwar, dan keputusan rayuan tersebut akan diputuskan pada 25 Mac depan.

Namun bagi AYT, usaha Anwar menangguh-nagguhkan sodomy II selain meminta bantuan daripada negara-negara asing serta kononnya pakar-pakar daripada negara luar adalah kegerunan Anwar menghadapi Sodomy II. Seseorang yang merasa gerun, kerana memang akan merasakan bahawa kali ini, seluruh alibi Anwar tidak lagi berkesan. Atas sebab apa alibi Anwar tidak berkesan? Jawabnya adalah kes sodomy II ada lah kes straight to the point, ertinya kes ini yang mempunyai fakta kukuh dan Anwar sukar untuk mengenepikannya.

Pendakwa Peguamcara II Mohammad Yusof Zainal Abiden berkata, bahawa seluruh bukti-bukti dakwaan kepada Anwar boleh sahkan oleh pakar-pakar DNA dan forensik Malaysia semasa perbicaraan nanti.

AYT merasakan bahawa pakar-pakar DNA yang membantu Anwar ini akan membuat kenyataan sensasi sepertimana Pakar DNA Thailand dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Namun, bagi kita.. kepercayaan penuh adalah pada pakar-pakar negara,kerana sebenarnya mereka adalah petugas negara,bukan petugas kepada sesorang. Atas sebab itu, apa pun kenyataan pakar-pakar asing itu adalah bermotifkan politik dan hanya gimik kepada Anwar.

No comments:

Blog Archive