Wednesday, February 03, 2010

Can I Fuck You Today (Maaf Pinjam Kata-kata Dalam Filem Sodomy II)

Tajuk di atas meminjam kata-kata dalam filem Sodomy II yang mula ditayangkan hari ini. AYT tidak suka menggunakan perkataan tidak senonoh dalam penulisan, namun kata-kata itu bagi AYT merupakan kata-kata menarik abad ini.

Dalam posting kali ini AYT menyentuh sedikit tentang tulisan Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu daripada PKR dalam blognya bertajuk "Politik durjana".

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu tersebut sungguh terkilan, kerana memandangkan dianya tidak boleh bersuara lagi kerana digam mulutnya oleh parti, namun firaun-firaun kecil meminjam istilah Zul sedang bermaharajarela mengentamnya melalui media elektronik.

Menurut Zul-Kulim agenda para Firaun kecil tersebut berniat jahat dan menyebarkan dakyah jahat kononnya dia akan keluar PKR hari.

"Dalam keadaan mereka menutup mulut saya dan tidak dibenarkan bercakap sepatahpun, tetapi mereka terus menerus melanyak saya tanpa henti; walaupun saya mengambil pendirian menghormati arahan parti dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang berkaitan. Ternyata Firaun-Firaun Kecil ini jenis manusia yang hipokrit dan putar alam."

"Mereka menjerit-jerit minta hak bersuara, hak mempertahankan diri apabila terkena batang hidung mereka. Tetapi bila kena pada orang lain, segala hak asasi manusia, segala hak bersuara, segala hak membela diri dicampak dengan mudah kedalam longkang".

"Ini adalah berita palsu yang dimainkan oleh Firaun-Firaun Kecil yang makin desperado apabila melihat konspirasi jahat mereka tidak menjadi baru-baru ini. Kini mereka mula mengejar bayangan mereka sendiri. Malah mereka makin gerun apabila beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan lantang bersuara. YB Datuk Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng, Yang Berhormat Goh Burne, YB Azan Ismail dan beberapa orang lagi sudah mula menyatakan pendirian yang jelas tidak disenangi oleh Firaun-Firaun Kecil ini. Mereka ingatkan saya bersendirian, rupanya ramai lagi. Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka, jumlah ini akan menjadi ramai. Dan tidak lama lagi Firaun-Firaun Kecil ini tahu tinggi rendah langit ini."

No comments:

Blog Archive