Sodomy II akan disambung hari ini bermula pukul 9:30. Rakyat Malaysia ada juga yang berminat mengikutnya namun jumlahnya tidaklah seramai Sodomy 1/1998. Akan tetapi bagi rakyat asing terutama negara yang berkepentingan dengan Anwar, Sodomy II ini menjadi perhatian serius bagi negara-negara tersebut. Sodomy II/2010 akhirnya dapat diteruskan walaupun sebelum ini Anwar berjaya menangguhkannya sehingga 20kali.
Ikuti Perbezaan antara Sodomy II dan Sodomy I.
1. Pada perbicaran pertama - Sodomy 1/1998, Anwar ditahan sepanjang perbicaraan. Anwar mendakwa tidak diberikan kebebasan dan layanan sepatutnya sebagai banduan oleh Kerajaan Malaysia. Pergerakkan beliau amat terbatas kerana beliau hanya dibenarkan berjumpa peguam dan ahli keluarganya sahaja. Kes mata lebam Anwar pula telah mendapat simpati rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Walaupun akhirnya Mahkamah Malaysia mendapati Anwar bersalah dan dipenjarakan tetapi ramai yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiaya yang akhirnya mencetuskan gelombang Reformasi.
2. Pada perbicaraan kali ini – Sodomy 2/2010, Anwar telah diberikan kebebasan sepenuhya dan layanan sebaiknya oleh Kerajaan Malaysia. Anwar bebas memberi ceramah di serata ceruk rantau di Malaysia. Anwar juga tidak pernah disekat keluar masuk Malaysia dan bebas memberikan ucapan atau ceramah ke serata dunia. Anwar juga diberikan layanan terbaik semasa berurusan dengan proses Mahkamah Malaysia hinggakan perbicaraan sebenar mengambil masa lebih dari 1 tahun selepas penangguhan demi penangguhan. Anwar bebas sebebasnya dan diberi layanan kelas pertama!
3. Oleh itu pada perbicaran kali ini – Sodomy 2/2010 yang bermula pada 2 Febuari 2010, marilah kita semua Rakyat Malaysia bertenang dan memberikan laluan dan ruang seluas-luasnya kepada Mahkamah Malaysia untuk membicarakan Anwar dengan seadil-adilnya. Marilah kita dengar dengan tenang dan tertib serta membaca sepuas-puasnya laporan perbicaraan Anwar kali ini. Supaya semua kebenaran dan kebatilan dapat dibongkar dan diperdebatkan semasa perbicaraan dan akhirnya hukuman yang seadil-adilnya dikenakan ke atas yang bersalah.

No comments:
Post a Comment